Nak Rasa Cuaca Sejuk, Tak Payah Pegi Jauh... Thailand Ada

TERKINI
December 20, 2017 - 09:39 AM


Agensi Cuaca di Thailand hari ini melaporkan ibu Negara tersebut bakal menghadapi cuaca yang sejuk sepanjang minggu. Suhu dikatakan berada sekitar 14-17 darjah Celsius pada waktu pagi sehingga Khamis.

Sementara itu, cuaca di Utara Thailand termasuk Bangkok akan menurun sebanyak 6-8 darjah Celsius . Selain tekanan tinggi dari China, dikatakan suhu akan menurun sebanyak 2-3 darjah Celsius dalam sehari.

Terkini, suhu di sana adalah 14 darjah Celsius pada waktu pagi dan 26 darjah Celsius pada tengah hari. Menurut portal online Thailand, The Nation, daerah Don Mueng mencatatkan suhu hanya 15 darjah Celsius pada pagi Selasa lalu.

Netizen di Bangkok semakin ramai berkongsi cuaca sejuk ini di media sosial melalui aplikasi yang ada di telefon pintar mereka.

 

 

Kita di Malaysia, mungkin la kena tempias sikit. Tapi bahagian Utara Malaysia la kalau ada pun. Agak-agak bersalji tak nanti? Ye lah, kalau dah sampai 2 darjah Celsius tu... Mungkin waktu pagi akan ada lah salji terkumpul macam gambar tu kan...  

 

Sumber : CNA

Destination: