Nak Travel Tapi Susah Nak Kumpul Duit? Ikuti Langkah – Langkah Ini



Susah nak kumpul duit, atau duit belum cukup adalah cakap-cakap yang ‘biasa’ kita dengar kalau sembang pasal nak travel ke tempat best. Bukan nak rendahkan orang yang tak travel, itu kami faham. Ada perkara yang lebih penting dari travel nak di dahulukan.

Ini pasal ‘geng’ atau member-member yang jenis ajak travel, bila orang lain semua dah beli tiket, dah confirm. Dia pulak ‘sangkut’. Padahal dia yang plan.

Memang tak semua orang mampu untuk ambil cuti seminggu atas sebab nak travel sahaja tapi itu tak bermaksud kita tak boleh nak explore apa yang ada.

Kalau korang betul-betul nak travel, kena gaya korang simpan duit, ‘berpantang’ sikit. Percayalah, korang akan dapat kumpul duit untuk percutian idaman korang tu. Ini ada beberapa langkah yang korang kena ikut kalau korang jenis susah nak menabung untuk travel.

 

#1. Kurangkan Kopi Mahal

Dalam erti kata lain, sudah-sudahlah melepak dekat Starbucks atau kafe-kafe hipster. Kiraan kasar lah, secawan kopi RM 10, korang minum setiap hari. Total setahun, korang akan habiskan dalam RM3600!

Dengan bajet sebanyak itu, korang nak pegi Bali, Jogja, Phuket, dalam asia semua boleh. Kalau nak ikutkan, London pun lepas.

Tapi, kalau korang betul-betul nak kena kopi setiap hari, tukarlah kepada alternatif lain. Bawaklah kopi 3-in-1 dari rumah, bancuhlah sendiri. Kalau malas jugak, korang beralihlah ke kedai mamak atau warung.

 

#2. Batalkan Keahlian Gym

Hey, sebelum korang jadikan ini alasan untuk korang bermalas-malas, tunggu dulu. Baca sampai habis dulu. Bersenam atau work-out ni memang penting untuk mengekalkan kesihatan mental dan juga fizikal, jadi korang tak bolehlah tinggalkan secara total.

Caranya, selain ke gym… korang boleh tengok video-video berkenaan senaman atau berkaitan ni dekat Youtube. Sebutlah, daripada Zumba, yoga mahupun circuit training semuanya boleh dijumpai dekat youtube.

Kena pulak gym korang tu jauh, dah selamat duit tang tol, minyak dan sebagainya. Selain gym, korang cubalah sukan atau cara senaman yang tak perlukan korang ke gym. Buat aktiviti larian dekat taman berdekatan sebagainya.

 

#3. Cari Offer Atau Deal Yang Berbaloi

Sebenarnya, kunci nak dapatkan pengalaman atau travel ke tempat yang best ni adalah perancangan. Kalau kena dengan perancangan korang, korang boleh cari atau survey tiket yang murah atau yang tengah offer.

Kalau korang sejenis yang suka simpan email-email pasal offer ni, korang gunakan sebaik mungkin. Kalau nak beli baju, tunggu waktu sale. Nak beli buku, beli online (sebab biasanya online murah sikit) dan sebagainya.

Salah satu web yang selalu ada offer atau deal yang menarik adalah Fave, korang check it out lah.

 

#4. Kurangkan Keluar

Ini salah satu perkara yang korang kena jugak korbankan. Contohnya makan dekat luar, tengok wayang, keluar date dan sebagainya. Cuba tukar sekali sekala. Lepak dekat rumah pulak. Sekurang-kurangnya tak adalah duit banyak sangat keluar.

Pot luck pun boleh dibuat sekali sekala. Korang plan dengan kengkawan, bicang dia masak apa, korang masa kapa, pastu makan dekat mana-mana rumah yang sudi jadi ‘tuan rumah’.

 

#5. Jual Barang Online

Cuba tengok balik dalam almari atau koleksi barang-barang peribadi korang. Ada tak sesuatu yang korang dah tak nak guna, tapi kondisi dia masih baik. Kalau ada, jual online.

Korang boleh gunakan platform seperti Mudah, Carousell dan sebagainya. Setidak-tidaknya, korang ada duit extra bila barang tu dijual dan masalah barang bersepah dekat rumah atau bilik korang tu selesai.

Kalau rajin, buat car boot sale. Jual segala CD, baju, permainan atau ape sahajalah yang boleh dijual. Dengan syarat, masih elok dan kondisi dia memang sesuai untuk dijual-lah.

 

#6. Bajet

Teliti satu-per-satu perbelanjaan harian memang satu perkara yang leceh untuk dibuat, tapi percayalah. Ini kunci berjayanya kalau korang nak simpan duit atau tidak.

Caranya; dalam bajet korang setiap bulan, tentukan jumlah sebenar yang korang perlukan untuk komitmen penting contohnya sewa rumah, bayar kereta, bil telefon, makanan dan duit minyak. Tambahkan ‘dana kecemasan’. Lepas tolak semua tu, itulah duit lebihan untuk korang setiap bulan.

Simpan yang itu dalam ‘tabung travel’, TAPI syaratnya kena konsisten dan berdisiplin.

Selamat maju jaya!