Orang Lain Pergi Bercuti, Awak Sibuk Nak Bercuti Jugak! Tapi…




Siapa ingat kes buang air besar dan tumbuk dinding sampai berlubang di Jepun dulu? Nampaknya ada jugak segelintir rakyat Malaysia yang tertinggal otak bila travel ke negara orang.

Bukan nak kata apa, cuma bila dah ditempat orang tu… jagalah adab. Jangan nanti disebabkan satu dua kes terpencil, habis semua orang tak dibenarkan ke sana lagi.

Baru-baru ini, ada pula kes terbaru melibatkan rakyat Malaysia yang dilakukan di Jepun. Kali ini melibatkan batang pokok buluh yang berada di Arashiyama Bamboo Grove yang terletak di Kyoto, Jepun.

Posting yang ada di Facebook berkenaan bernada agak kesal dengan kejadian yang dirakamnya melalui sekeping gambar. Walaupun tidak ditulis itu adalah rakyat Malaysia, namun dari segi bunyinya, nama-nama yang terukir tersebut adalah nama yang agak sinonim di Malaysia.

Jika tertangkap, mereka sudah tentu akan dikenakan hukuman atau denda sebabnya pusat pelancongan tersebut merupakan salah sebuah tempat yang diiktiraf oleh UNESCO sebagai Tapak Warisan Dunia.

Ini adalah posting yang dimaksudkan :

 

Dan ada juga posting berlainan tetapi turut menggunakan gambar yang sama : 

“Belum pun kisah menyakitkan hati berak di shower oleh pelancong remaja dari Malaysia reda, tular pula isu vandalism conteng nama di buluh di Arashiyama Bamboo Groove Jepun kembali mengguris hati rakyat Malaysia yag pernah ke Jepun.

“Bak kata Malique, pergi ke tempat orang bawak otak bukan bawak pisau.

“Pleaselah, jangan bawa sikap kekampungan bila ke tempat orang. Habis semua tempat kau nak conteng.

“Walau hanya buluh, tapi tempat tu telah dinobatkan sebagai tempat bersejarah oleh UNESCO. Tak beradab langsung,” 

Walaupun ada juga contengan yang dibuat oleh orang Jepun sekali, namun kita ni dah la melawat tempat orang, rasanya tak perlulah buat macam tu. Melainkan, mereka ada sediakan satu tempat khas untuk anda tinggalkan tandatangan atau lukisan korang tu.