Passport Paling Power Ini Hanya Di Miliki Oleh 500 Orang Sahaja di Dunia

TRAVEL
September 13, 2017 - 01:00 PM


Untuk tahun 2017 passport Malaysia berada di tangga ke 13 dengan 164 buah negara boleh di lawati tanpa Visa. Di tempat pertama pula di miliki oleh Jerman dengan 176 buah negara tanpa visa. Singapura pula menduduki tempat k4 dengan 173 negara. Tak banyak beza pun dengan Jerman.

Jumlah negara yang boleh di lawati oleh visa sesebuah negara bergantung kepada hubungan diplomatik dan juga risiko keselamatan, ketimbalbalikan visa dan risiko pelanggaran peraturan imigresen serta visa.

Namun, antara passport ini yang paling rare adalah passport keluaran Sovereign Military Order of Malta.

Order of Malta ini merupakan sebuah institusi ketenteraan Katolik Rom yang berpegang pada moto "Mempertahankan kepercayaan Katolik dan membantu mereka yang memerlukan." Orde ini berada di bawah sistem pemerintahan monarki yang dipimpin oleh Putera Raja dan Grand Master.

Institusi ini aktif di lebih 120 buah negara di mana ia menyalurkan bantuan kemanusiaan melalui bantuan perubatan, sosial dan lain-lain. 

Walaupun ia bukanlah sebuah negara, tetapi ia merupakan sebuah institusi berdaulat yang mempunyai hubungan diplomatik dengan 106 buah negara, mendapat status pemerhatian tetap oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, memeterai perjanjian, mengeluarkan pasport, duit syiling dan setemnya sendiri.

Pasport yang dikeluarkan oleh institusi ini terhad kepada 500 pemegang sahaja dalam dunia, menjadikannya pasport paling eksklusif untuk dimiliki. Pasport diplomatik ini hanya diberikan kepada ahli Majlis (kerajaan), ketua-ketua dan ahli Misi Diplomatik dan beberapa tokoh kanan yang terlibat dalam misi khas.

Pasport ini lebih eksklusif kerana ia hanya sah sepanjang tempoh tugasan dan misi yang diperintahkan oleh institusi dengan tempoh maksima selama 4 tahun. Kesemua 106 negara yang mempunyai hubungan diplomatik dengan Sovereign Military Order of Malta menerima pasport ini sebagai bentuk pengenalan diri yang sah.

Buat masa sekarang, orde ini merangkumi 13,500 orang kesatria, dame dan paderi-paderi tentera. Itu belum termasuk 80,000 sukarelawan tetap dan juga 25,000 pekerja.