Pelik, Tapi Benar ! Ini Permintaan Tetamu Paling Mengarut Di Hotel

November 30, 2018 - 04:17 PM


Memang sesetengah hotel akan ikut dan sedaya upaya mereka penuhi segala permintaan tetamu mereka. Tetamu pulak, semestinya menjangkakan permintaan mereka akan dipenuhi oleh pihak hotel.\

Yang peliknya, sesetengah tetamu mengharapkan sesuatu yang tak masuk akal. Pihak hotel sendiri mendedahkan ada beberapa permintaan tak masuk akal yang mereka terima.

Walaupun korang bayar untuk tinggal di sesebuah hotel, dan berhak untuk membuat permintaan, tapi agak-agaklah. Menurut satu kaji selidik ini antara permintaan tetamu yang paling pelik dan tak masuk akal.

#1. Penuhi Bilik Tidur Dengan 100 Biji Belon Berwarna Merah Jambu

Okay, kalau setakat 10 biji, rasanya tak ada masalah. Ini sampai 100 biji, pening kepala jugak staff hotel tu nak penuhi. Tapi rasanya, ini tak berapa pelik sangat kot.

 

#2. Penuhi Tab Mandi Dengan 40 Skop Ais Krim

Ini creepy, nak buat apa dalam tab mandi yang penuh dengan ais krim tu? Takkan nak makan, gelinya! Jangan terkejut ye, ini adalah permintaan yang ada untuk sambut ulang tahun isterinya yang ke 40.

Ish!

 

#3. Aturkan Pertunjukan Ikan Lumba-Lumba Di Laut

Ini mungkin dia perlukan khidmat beastmaster! Kalau misal kata ikan lumba-lumba yang dalam zoo atau yang dibela tak apalah, mungkin boleh diaturkan. Tapi, ini dia mintak aturkan di laut. Maknanya ikan lumba-lumba liar. Macam mana nak settle ni?

 

#4. Mintak Selimutkan Kereta

Mungkin ada hotel yang boleh dan ada sediakan perkhidmatan ini. Cuma menggunakan selimut untuk kereta tu lah, alasan yang diberikan adalah kereta Ferarrinya tak suka sejuk. Pelik-pelik aje. Bawak ajelah dari rumah.

 

#5. Kawal Cuaca

Ini memang tak masuk akal dan pelik. Dalam banyak-banyak, rasanya ini yang tahap tertinggi tak masuk akalnya. Permintaan yang diterima adalah “bolehkah anda pastikan salji turun esok sebab tema perkahwinan saya putih bersalji”

 

Walau sepelik mana pun permintaan, sekiranya perkara tersebut boleh dilakukan, ia akan dilakukan cuma menurut senarai berkenaan, mengatur pertunjukan ikan lumba-lumba dan pastikan salji turun tu memang tak boleh dipenuhi.