Pemegang Passport Malaysia Paling Ramai ‘Sangkut’ Di Imigresen New Zealand.

TERKINI
October 23, 2017 - 04:24 PM


Walaupun passport Malaysia merupakan passport ke-4 paling power didunia, tapi nampaknya New Zealand tak kisah langsung pasal fakta tersebut. Menurtut laporan, pemegang passport Malaysia antara yang paling ramai tidak dibenarkan masuk ke New Zealand semenjak 2011.

Alasan yang diberikan pihak imegrasen New Zealand mudah sahaja, iaitu kebanyakkan pelawat tidak melawat ke negara tersebut berdasarkan sebab yang dinyatakan dalam dokumen perjalanan mereka.

Dengar macam remeh kan? Kalau dekat tempat lain, mungkin anda terlepas, tetapi bukan di New Zealand. Laporan daripada Stuff.co mengatakan rakyat Malaysia lebih 100 kali tidak dibenarkan masuk berbanding negara lain.

Malah, pada tahun ini sahaja, terdapat 1049 kes telah dicatatkan. Selain Malaysia, Hong Kong, Australia dan Great Britain juga merupakan negara yang turut tersenarai.

Sebenarnya, punca utama yang menyebabkan kita tidak dibenarkan masuk, menurut pihak imigresen Malaysia adalah kerana negara kita telah digunakan oleh pihak sindiket yang menjadikan Malaysia sebagai pusat transit. Mereka ini kemudiannya, diberikan passport palsu yang membantu mereka masuk ke negara yang mendapat pengecualian visa dari negara kita.

Selain itu, sudah tentu lah, penyalahgunaan visa. Apply student visa, tetapi pegi kerja dan overstay melebihi 3 bulan.

Walaupun yang pesalah tu sebenarnya sedikit, habis semua orang yang nak masuk sana secara sah pun kena. Statistik yang dibuat oleh pihak New Zealand mengatakan, Malaysia merupakan negara ke-8 dari segi jumlah pelawat teramai yang diterima oleh mereka setiap tahun iaitu seramai 41,000 orang.

Tapi anda tak perlu risau, sekiranya anda betul nak melawat ke sana, sediakanlah document yang betul dan lengkap. Bagitahu kemana nak dituju dan kenapa lawatan dibuat. Jangan disebabkan masalah-masalah macam ni nanti, kita dilarang masuk terus dan susahkan semua orang yang nak kesana nanti…

 

 

Sumber | WOB

Destination: