Penang Disenarai Destinasi Pelancongan Musim Bunga Terbaik Oleh CNN Travel



Pulau Pinang telah dipilih sebagai salah satu destinasi pelancongan musim bunga terbaik oleh CNN Travel, di samping lokasi popular lain dunia seperti Sepanyol, Greece, Maghribi dan Jerman.

Stesen penyiaran TV Amerika Syarikat itu menyenaraikan Pulau Pinang di tangga ke-15 daripada 19 destinasi pelancongan musim bunga terbaiknya, tahun ini.

Namun, senarai itu bukan berdasarkan ‘top ranking’ sebaliknya dalam susunan abjad.

CNN Travel berkata musim bunga adalah masa yang paling sesuai untuk pelancong antarabangsa melawat Penang Hill bagi merasai sendiri "pengembaraan hutan hujan tropika asli".

Menurut CNN, hutan hujan berusia 130 juta tahun itu merupakan tempat yang menarik untuk dijelajahi, kerana ia dilengkapi dengan laluan semula jadi, berjalan kaki, dan mempunyai ‘aerial trail’ untuk melihat spesies burung eksotik.

Malah, para saintis juga menganggarkan hutan hujan tropika Malaysia itu mempunyai 20% spesies haiwan dunia dan tumbuhan yang jarang dijumpai.

Terbaiklah Malaysia, semakin gah di peta pelancongan dunia!

Jom kita tengok mana lagi lokasi menarik yang dinobatkan CNN Travel sebagai destinasi musim bunga terbaik tahun 2019.

1. Kepulauan Aegean, Greece

 

2. Barcelona, Sepanyol

 

3. Cancun, Mexico

 

4. Grand Canyon, Arizona

 

5. Keukenhof Gardens, Holland

 

6. Lake Tahoe, California

 

7. Las Vegas

 

8. Ledbury, United Kingdom

 

9. Malta, Maghribi

 

10. Marrakech, Morocco

 

11. Mendoza ke Patagonia, Argentina

 

12. Munich, Jerman

 

13. Pulau Naoshima, Jepun

 

14. Orlando, Florida

 

15. Penang, Malaysia

 

16. Puerto Rico

 

17. Queenstown, New Zealand

 

18. St. Louis Zoo, Missouri

 

19. Washington DC

Sumber: The Star & CNN Travel

Baca juga: 11 Tempat Menarik di Penang Wajib Anda Lawati