Penerbangan Panjang? Ini Adalah Posisi Tidur Terbaik Untuk Anda Cuba




Tidur semasa dalam penerbangan ataupun dalam perjalanan jauh bukanlah sesuatu yang pelik. Lagi-lagi jika penerbangan tersebut tidak mempunyai sebarang hiburan dan tempoh penerbangan panjang kebiasaannya dihabiskan dengan tidur.

Jadi, apa pilihan posisi tidur korang dalam penerbangan? Sandar di cermin? Atas meja makan?

Tapi, bukan semua orang senang untuk tidur. Kalau ikutkan kajian Skyscanner, 70% daripada pelancong dikatakan susah nak dapatkan tidur dalam penerbangan.

Kalau korang tergolong dalam lingkungan 70 peratus ini, ini ada tips untuk dapatkan tidur atau posisi tidur yang terbaik yang korang boleh cuba, lagi-lagi di kelas ekonomi. Iyelah, kebiasaannya, ruang kaki agak sempit dan tak selesa.

#1. Bersandar

Jika korang selalu amalkan tidur membongkok atau di atas meja makan, tolong hentikan. Sebabnya ia adalah posisi yang paling teruk. Kesannya kepada bahagian pinggang dan ke bawah.

Sebaiknya, korang sandar je di kerusi tu. Rendahkan sikit kerusi supaya tak terlalu tegak dan sekiranya seat korang bersebelahan tingkap, itu yang terbaik. Sandarkan saja pada kenangan, eh bukan… sandar pada dinding tingkap tersebut.

 

#2. Gunakan Bantal Perjalanan

Ramai yang bawa bantal perjalanan, alah, bantal yang berbentuk -U dekat leher tu, ha. Itu dipanggil bantal perjalanan, atau travel pillow.

Bila ada bantal perjalanan ni, tak adalah kita tertidur dibahu orang sebelah atau kepala tergantung dalam masa yang lama dan tak selesa.  

Selain itu, korang boleh juga bersandar pada tempat letak lengan supaya kuranglah sikit tekanan pada tulang belakang.

 

#3. Jangan Silang Kaki

Kaki selalunya menjadi masalah utama dalam penerbangan. Selain daripada bau yang kurang menyenangkan (euww), untuk dapatkan posisi terbaik kaki korang jangan disilangkan. Sepatutnya ia diluruskan sahaja.

Bukan apa, sekiranya kaki yang disilang tu terlalu lama, ia mungkin boleh menyebabkan darah beku untuk perjalanan yang jauh.

3 posisi yang kami tulis ini adalah berdasarkan kajian, sekiranya korang selama ini susah nak dapatkan tidur yang best dalam penerbangan lagi-lagi jarak yang jauh dan memakan masa yang lama bolehlah dicuba.