Penerbangan Tertunda Selama Satu Jam Gara Gara Pramugari Ditumbuk



Kejadian pramugari dikasari semasa bertugas adalah tidak asing dalam dunia penerbangan. Kalau kita Google, mesti jumpa macam – macam jenis kes yang berlaku keatas pramugai mahupun pramugara yang bertugas.

Terbaru, satu penerbangan yang dijadualkan berlepas ke Jakarta dari Lapangan Terbang Kualanamu, Medan terpaksa ditunda lebih daripada satu jam gara-gara tindakan sepasang suami isteri yang kurang bijak.

Berang kerana ditegur membawa naik bagasi yang terlebih muatan, pasangan suami isteri tersebut dikatakan terlebih dahulu bertengkar dan kemudian bertindak untuk memukul dan menolak pramugari yang bertugas apabila diminta untuk mengeluarkan beg mereka yang terlebih muatan itu untuk dimasukkan ke ruang kargo.

Menurut sumber laporan, insiden itu telah mengakibatkan juruterbang pesawat QC 0837 itu memangil pihak keselamatan untuk membawa pasangan terbabit keluar daripada kapal terbang dan berkeras bahawa penerbangan tidak akan berlepas jika pasangan terbabit enggan bekerja sama.

Walaubagaimanapun, nasib pasangan tersebut amat baik kerana pihak Citilink tidak mengenakan apa-apa tindakan undang-undang terhadap mereka dan tiket mereka di’refund’.

 

p/s : Kami di Rileklah nak pesan, kalau travel tu; sentiasa jaga adab, tak ke menyusahkan oran lain bila benda macam ni jadi...