Pengharaman Rokok Di Pantai Thailand Berkuatkuasa November

TERKINI
October 12, 2017 - 11:31 AM


Kerajaan Thailand hari ini dalam pertimbangan untuk mewartakan 20 pantai tarikan pelancong sebagai kawasan bebas rokok. Antara pantai yang tersenarai adalah Phuket dan Krabi menurut laporan Bangkok Post.

Berkuatkuasa bulan November, sesiapa yang ditangkap merokok di kawasan terbabit akan dikenakan hukuman penjara selama 1 tahun atau denda sebanyak 100,000 baht (RM 12,700).

Perkara ini dilaksanakan selepas rondaan Jabatan Sumber Laut dan pantai Thailand menjumpai purata 0.78 puntung rokok dalam kawasan sekaki pesegi di Pantai Patong. Matematiknya, lebih kurang 101,058 puntung rokok disepanjang pantai sejauh 2.5km.

Selain itu, dilaporkan juga bahawa lebih daripada 100 juta untung rokok dijumpai di jalanraya Thailand dan ini juga menyebabkan berlakunya banjir apabila punting rokok ini menyekat laluan longkang.

Jadi, selepas ini anda tidak boleh menyalakan rokok sambil berjalan-jalan sepanjang pantai kerana kemungkinan besar punting rokok tersebut akan dibuang dipantai tersebut juga.

Antara pantai-pantai yang termasuk dalam senarai ini termasuklah hotspot seperti Koh Samui, Pattaya, Hua Hin dan Patong.

Dengar cerita, larangan merokok ini akan diperluaskan ke semua pantai di Thailand pada masa akan datang. Kalau anda yang merokok tu, beringat sebelum kena ye... Banyak denda yang dikenakan tu...

p/s : Vape pun tak boleh, sebab Thailand memang haramkan penggunaan vape disana...

 

Sumber : CNA

Destination: