Peraturan Baharu Masuk Thailand Mulai 1 Oktober 2017

TERKINI
September 11, 2017 - 11:42 AM


Baru-baru ini negara jiran kita iaitu Thailand telah mengumumkan akan melaksanakan peraturan baharu untuk memasuki negara itu di pintu masuk sempadan negara itu dan Malaysia mulai 1 Okt ini.

Jadi bagi rakyat Malaysia yang hendak memasuki Thailand supaya memahami dan mematuhi peraturan baharu itu serta menggunakan dokumen perjalanan yang sah.

Antara peraturan itu adalah perlu mengisytiharkan kenderaan serta penumpangnya dengan mengisi borang masuk kepada Jabatan Imigresen dan Kastam Thailand.

 

"Pemandu yang gagal mengisytiharkan kenderaan akan dikenakan denda sehingga empat atau lima kali ganda nilai kenderaan atau kenderaan ditahan dan penjara selama dua tahun"

 

Maklumat lengkap berhubung peraturan baharu itu daripada pihak berkuasa Thailand akan dimuat naik dalam laman web Kementerian Luar nanti. Syarat kemasukan tersebut telah lama dipraktikkan tetapi difahamkan perubahan dibuat bagi memudah dan memperkemas daftar masuk rakyat asing ke Thailand oleh pihak berkuasa negara itu.

FAKTA

Terdapat dua kes kenderaan milik rakyat Malaysia ditahan oleh pihak berkuasa Thailand kerana melanggar peraturan masuk.

Kira-kira 250 rakyat Malaysia sedang menjalani hukuman penjara di selatan Thailand membabitkan pelbagai kesalahan.

sumber: astroawani

Destination: