10 Peraturan Baru Masuk Ke Australia: Dilarang Bawa Beras, Mi Segera, Beg Palsu

TRAVEL
April 24, 2019 - 11:47 AM


Minggu lalu, ramai pelancong ke Australia telah dipendekkan atau dibatalkan visa mereka kerana gagal mematuhi peraturan baru negara itu dan membawa masuk pelbagai barangan yang kini dilarang.

Peraturan baru yang dikuatkuasakan oleh negara itu pada 16 April bertujuan untuk menjaga industri pertanian dan hidupan liar di negara itu daripada serangan kuman dan penyakit berikutan barangan yang dibawa masuk pelancong dari negara luar.

Kegagalan mengisytiharkan barangan tersebut boleh mengakibatkan anda dikenakan tindakan undang-undang seperti denda RM1.2 juta dan penjara 10 tahun.

1. Produk tenusu dan telur

Walaupun roti, biskut, kek dan coklat dibenarkan, produk tenusu seperti cheese dan mentega perlu diisytiharkan kepada imigresen ketika ketibaan. Sila ambil maklum bahawa larangan ini termasuklah makanan yang disediakan di dalam kapal terbang.

2. Tumbuhan dan barangan berasaskan tumbuhan

Tumbuhan hidup, lumpur serta tanah liat adalah dilarang. Biji benih dibenarkan dengan syarat memenuhi beberapa kriteria, termasuk bebas serangga, tiada tanda-tanda penyakit dan tidak tercemar.

3. Ubatan dan Bahan Kimia

Steroid dilarang sama sekali. Bahan kimia atau ubatan peribadi seperti hormon perlu dibawa dengan permit atau surat doktor. Vitamin dan makanan sampingan, tembakau, cerut dan alcohol juga perlu diisytiharkan.

4. Segala Jenis Buahan, Sayuran, Teh

Segala jenis sayuran, buahan, sama ada segar aaupun terawet mesti diisytiharkan. Ini termasuklah jeruk jem dan kurma. Selain itu, herba, teh dan ginseng dan rempah juga perlu diisytiharkan. Manakalah sirap dan madu boleh boleh dibawa, namun perlu di periksa terlebih dahulu.

5. Kekacang dan Beras

Segala jenis kekacang dan beras yang dahulunya dibenarkan kini perlu diisytiharkan. Makanan mi segera dibenarkan dengan syarat dalam kuantiti kecil, untuk keperluan sendiri dan tidak mengandungi telur atau daging mentah dan tidak perlu dibekukan. Minyak masak dan sayuran juga perlu bersih daripada pencemaran tanah, tumbuhan dan haiwan.

6. Daging dan Makanan Laut

Semua jenis ikan, daging dan makanan laut lainnya perlu diisytiharkan tidak kira dalam tin atau tidak. Kebenaran hanya diberikan jika makanan tersebut dibawa dari New Zealand atau membawa permit khas.

7. Binatang Hidup, Barangan Berasaskan Haiwan

Hanya binatang yang dibenarkan dari beberapa negara dibenarkan dibawa masuk. Makanan haiwan dan barangan berasaskan haiwan (dompet dan beg kulit, kasut kulit, tanduk, bulu, sarang burung) juga perlu diisytiharkan.

8. Peralatan dan Barangan Palsu

Peralatan seperti kasut hiking, joran dan semua yang mungkin dicemari tanah, biji benih dan air mesti diistyiharkan. Senjata api, mercun, penunjuk lazer, pemetik api juga perlu. Bagaimanapun peranti elektrik , keris, penyembur lada hitam dan barangan palsu adalah dilarang sama sekali.

9. Barangan Bermusim dan Perayaan

Kesemua barangan bermusim seperti buahan berawet dan gula-gula juga dilarang. Kuih bulan tanpa daging pula dibenarkan asalkan dipakej secara komersial.

Peraturan baru yang mula berkuatkuasa 16 April itu sebenarnya tidak semuanya baru. Sebahagiannya sudah termasuk dalam larangan sebelumnya. Bagaimanapun, semua pelancong di negara itu diingatkan untuk sentiasa peka supaya tidak mengalami masalah perundangan ketika memasuka negara Australia kelak