Peraturan Baru Untuk Ke Boracay – Ini Yang Anda Patut Tahu



Pulau Boracay di Filipina secara rasminya telah dibuka semula pada 26 Oktober lepas selepas ia ditutup selama 6 bulan untuk tujuan pemuliharaan.

Apa yang tak best adalah, sehari selepas pembukaan semula pulau Boracay, ia kembali kotor dan dicemari oleh sampah yang dibuang oleh pelancong yang tak bertanggungjawab. Menerusi perkongsian gambar oleh Jabatan Alam Sekitar dan Sumber Asli Filipina (DENR), mereka menemukan sampah dan ini menyebabkan mereka mengemukakan pertanyaan adakah ini #responsibletourism?

Dengan kesal, posting yang boleh didapati di Twitter tersebut meminta dan berharap bahawa pelancong mempunyai rasa tanggungjawab untuk membuang sampah sendiri dan mengamalkan sikap tersebut sehari-hari.

Sebenarnya, sebelum dibuka semula; pihak berkuasa Filipina ada menggariskan beberapa panduan ataupun Do and Don’t untuk kesemua pihak baik pelancong mahupun pengusaha resort dan penduduk asal Filipina di Boracay.

Langkah ini adalah penting supaya penutupan pulau berkenaan selama 6 bulan itu tidak menjadi sia-sia.

Untuk korang yang berhajat ke Boracay; ini adalah apa yang anda boleh dan tak boleh lakukan :

 

#1. Segala Aktiviti Melibatkan Air Adalah Tidak Dibenarkan!

Walaupun mungkin ada pengusaha yang berdegil, tapi sebagai pelancong yang bertanggungjawab, sila jangan sokong atau buat sebarang aktiviti yang melibatkan air. Macam contoh, berkayak, snorkelling dan juga diving. Aktiviti-aktiviti ini diharamkan buat sementara waktu.

 

#2. Hanya 19,000 Pelancong Dibenarkan Pada Satu-Satu Masa

Untuk hal ini, korang kena amik tahu yang quota pelawat untuk ke Boracay telah dihadkan kepada hanya 19 ribu sehari.

 

#3. Makan, Minum dan Merokok Di Pantai Adalah DILARANG

Ini untuk mengelakkan pelancong membuang sampah ke pantai. Jadi, diorang dah cantas awal-awal dengan mengharamkan makanan, minuman dijual di kawasan pantai.

 

#4. Hotel Perlu Di Tempah SEBELUM Masuk Ke Pulau

Tempat penginapan ataupun bukti yang korang dah book tempat penginapan haruslah ditunjuk sebelum dibenarkan masuk ke pulau berkenaan. Jadi dah tak boleh masuk pulau dulu, baru nak cari tempat tinggal.

 

#5. Larangan Penggunaan Plastik Sekali Guna

Ini mungkin lebih kepada pengusaha atau peniaga. Cumanya, plastik yang untuk sekali penggunaan adalah diharamkan. Macam contoh, beg plastik, straw dan juga styrofoam.

 

Sebenarnya ada banyak lagi syarat-syarat yang dikeluarkan, dan ada daripadanya bukan untuk pelancong tetapi lebih kepada pengusaha dan peniaga di Boracay. Untuk senarai penuh, boleh rujuk di inforgrafik ini :