2 Tempat Percutian Glamping Terbaik Di Bandung



Bia sebut camping ramai akan fikir... bawak khemah, makanan kena bawa sendiri, takde kemudahan bilik air moden, banyak naymuk dan macam-macam lagi. Sekarang istilah Glamping sudah menjadi buah mulut korang yang suka aktiviti "outdoor" tetapi dengan sedikit kemudahan dan kemewahan. Kira konsep camping bergaya lah kan.

Jadi ini dia 2 tempat best di Bandung untuk glamping.

Legok Kondang Lodge
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Marcelinus Marcelinus (@glamping_ciwidey) on

Dengan 10 khemah tetapi lengkap dengan perabut, suasana tempat ni memang syiok. Terletak di Selatan Bandung dengan permandangan indah bukit bukau yang serba hijau konfem korang akan terpikat. Khemah dia besar-besar dan sangat unik. Macam-macam aktiviti boleh diadakan, memanah, trekking, siap ada room service tu.

The Lodge Maribaya

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by The Lodge Maribaya (@thelodgemaribaya) on

Tempat ni dah macam resort. Pelbagai jenis aktiviti boleh buat. Yang kaki aktiviti lasak memang ngam sangat lah tempat ni. Flying fox, Trekking, Sky Plane, Zip Bike dan macam-macam lagi lah. Confirm 1 malam tak cukup punya. Khemah dia unik berbentuk labu dan bewarna oren. Kepada yang tak mahu duduk dalam khemah mereka ada chalet ala rumah adat Jawa. Seperti biasa hasil tangan kerja kayu memang tip-top.