Percutian Ke ‘Ghost City’ Yang Menginsafkan

TRAVEL
November 23, 2017 - 05:35 PM


Bercuti di exclusion zone : Chernobyl dan Pripyat , Tragedi 26 April 1986.

 

Tahukah anda kejadian letupan nuklear yang terbesar didunia yang berlaku pada 26 April 1986?

 

Letupan in berlaku di Reaktor Nuklear Chernobyl unit 4 di Utara Ukraine yang menyebarkan sebanyak 190 tan radioaktif uranium dan graphite ke udara. Penduduk yang tinggal di Chernobyl pula terdedah dengan kesan radiasi 90 kali lebih banyak dari letupan bom atom di Hiroshima. Lebih kurang 400 000 orang di evakuasi dari tempat tersebut dan melibatkan lebih kurang 2000 kampung. Bandar ini dilabel sebagai ” ghost city ” dan dibuka untuk lawatan sejak tahun 2011. Ini adalah salah satu sebab kenapa saya beriya-iya untuk kesana.

 

Ini adalah antara soalan-soalan yang banyak diutarakan kepada saya sebelum saya kesana.

 

1) Bagaimana nak ke sana?

Anda hanya boleh kesana bersama – sama dengan tour guide samada menggunakan pakej secara berkumpulan atau privat. Harga kebanyakkan untuk tour berkumpulan adalah sebanyak 100 USD seorang.

 

2) Persediaan untuk kesana?

Selepas anda mendaftar dengan tour agent, anda hendaklah memastikan bahawa butiran diri yang berikan adalah tepat. Pastikan anda mendaftar dengan agen yang sah sekurang-kurangnya 4 hari sebelum tarikh lawatan.

Pastikan anda hendaklah berumur 18 tahun dan keatas dan tidak mengandung( bagi perempuan)

 

3) Apakah pakaian yang sesuai dipakai semasa lawatan?

Pakaian semasa lawatan adalah hendaklah berbaju lengan panjang, memakai kasut tertutup dan berseluar panjang.

 

4) Berapa lama jangka masa lawatan?

Lawatan ini bermula pada jam 830 pagi dan berakhir pada jam 8 malam.

 

5) Apa yang patut dibawa semasa lawatan?

 Lawatan kesana mengambil masa selama sehari . Jadi sila bawa bekalan makanan bersama.

 

6) Selamat atau tidak?

Ya, selamat. Anda hendaklah memastikan supaya tidak melanggar peraturan yang telah ditetapkan. Semasa anda disana, anda hanya melawat tempat yang kesan radiasinya kurang. Jangan risau anda juga boleh menyewa alat dosimeter untuk mengukur kesan radiasi.

 

Semasa meninggalkan kawasan lawatan, badan anda akan di scan di 2 check point supaya anda bebas dari kesan radiasi dan tidak membawa kesan radiasi ketempat lain.

 

8) Apakah tempat yang perlu saya lawati?

Jangan risau tentang tempat lawatan. Ini adalah kerana ianya sudah di tentukan oleh agen. Antara tempat yang menarik perhatian adalah bandar Chernobyl, bandar Pripyat yang berhantu Rektor nuklear Chernobyl, Duga, Red forest, Zalissya.

 

9) Apakah perkara yang patut saya elak semasa ditapak lawatan?

  • Anda tidak boleh makan atau minum
  • Anda tidak boleh merokok
  • Anda tidak boleh duduk atau meletak barang di atas tanah
  • Anda tidak boleh memetik buah atau sayur- sayuran

 

10) Bagaimana pula dengan makanan tengahari dan solat?

Jangan risau makanan tengahari ada disediakan( pilihan vegi atau normal). Semasa berhenti makan, anda boleh solat. Untuk lebih senang, pastikan anda mengambil wuduk semasa dari kiev lagi.
Secara kesimpulannya, lawatan ini memberikan kesedaran kepada saya samada dari sudut positif dan juga negatif.

 

Dari sudut yang positif , ianya membuka mata banyak pihak untuk mengetatkan undang- undang penggunakan nuklear dan juga persediaan jika berlaku hal yang tidak diingini.
Dari sudut negatif, letupan ini memberikan kesan buruk bukan sahaja kepada manusia terutama kanak- kanak malahan juga kepada ekosistem.

 

Akhir kata, tak rugi tuan/ puan/ datuk/datin untuk datang sini. Benarlah kata pepatah oleh Augustine of Hippo ” The world is a book and those who do not travel read only one page ”
Mood: insaf !