Percutian Sekeluarga Musim Cuti Sekolah – Jom Cuba 8 Resort Hutan Hujan Tropika Di Malaysia



Tidak dapat dinafikan kanak-kanak zaman ini sudah kurang didedahkan kepada aktiviti luar seperti perkhemahan, picnic dan lebih gemar menghabiskan masa dengan gajet dan permainan video.

Kalau golongan dewasa pula,sepertinya sudah kurangnya minat dan kesedaran dalam kalangan kita sendiri dalam menjaga keindahan alam semulajadi. Agak rugi sebenarnya sebab negara kita mempunyai banyak tempat dan hutan hujan tropika.

Sempena cuti sekolah minggu hadapan, apa kata bawak seisi keluarga untuk bercuti di resort yang bercirikan hutan hujan tropika di Malaysia dan seluruh dunia. Carilah kelainan sikit, asik bercuti ke taman tema atau pulau sahaja pun bosan jugak.

Ini adalah 8 pilihan resort hutan hujan tropika yang menjadi tumpuan di Malaysia :

#1. Borneo Rainforest Lodge (BRL), Lembah Danum, Sabah

Borneo Rainforest Lodge (BRL) adalah sebuah resort ekslusif dan boleh dikategorikan sebagai mewah di Malaysia. Terletak di Lembah Danum Sabah, resort ini terkenal dengan cuacanya yang sejuk.

Terdapat 30 unit chalet dan seluruh tempat ini dibina atas kayu untuk memelihara lantai hutan hujan. Menjanjikan privasi kepada seluruh pengunjungnya, semua chalet dan aktiviti disini bersifat semulajadi dan tidak menggunakan aircond.

 

#2. Mulu Marriot Resort dan Spa, Taman Negara Mulu, Sarawak.

Selain Taman Negara Bako, Taman Negara Mulu juga merupakan salah satu tarikan yang wajib singgah di Sarawak. Mulu Marriot Resort dan Spa sebelum ini dikenali sebagai Royal Mulu Resort.

Terletak berdekatan dengan Tapak Warisan Dunia UNESCO iaitu Taman Negara Mulu, resort ini bertaraf lima bintang dan satu-satunya resort lima bintang di Sarawak. Antara aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini semestinya melawat Gua Mulu, mendaki hutan hujan dan pelbagai lagi.

 

#3. Belum Rainforest Resort, Pulau Banding, Perak

Resort hutan hujan Belum ini adalah pintu masuk utama sebelum anda semua tiba di salah satu hutan hujan tertua di dunia iaitu, Belum – Temengor yang berusia 130 tahun.

Selain menawarkan bilik hotel dan chalet tradisional melayu, pengunjung boleh memilih untuk menginap di rumah bot atau Villa yang ekslusif di sini.

Disamping pengalaman penginapan, resort ini menawarkan juga pengalaman-pengalaman yang melibatkan alam semulajadi seperti melihat bunga terbesar di dunia, Rafflesia selain berpeluang untuk menjumpakan pelbagai spesies burung dan hidupan liar yang tinggal di kawasan hutan hujan tersebut.

 

#4. Resort Hidupan Liar Tabin, Lahad Datu, Sabah

Tabin Wildlife Resort merupakan resort ekslusif yanf dibina di dalam Rizab Hidupan Liar Tabin. Ia memberi tumpuan besar dalam usaha memulihara alam sekitar.

Resort ini juga merupakan salah satu destinasi yang pengunjung boleh melihat haiwan liar yang terancam secara dekat. Hidupan liar Borneo seperti gajah species Pygmy dan Probosics Monkey boleh dilihat di habiat semulajadinya.

Difahamkan, terdapat kira-kira 260 species burung yang dikesan sekitar rizab ini.

Selain keindahan semulajadi, resort ini turut menawarkan pelbagai aktiviti menarik seperti jungle trekking, safari malam, lawatan hidupan liar dan pendidikan tentang hutan hujan turut disediakan.

 

#5. Kawasan Pemuliharaan Maliau Basin, Sabah

Dikenali juga sebagai Dunia Hilang di Sabah, Kawasan Pemuliharaan Lembangan Maliau berstatus hutan perlindungan dan salah satu daripada kawasan padang belantara yang tidak tersentuh di dunia.

Menawarkan villa eksklusif di lokasi, ia terletak di pusat kajian utama. Kebanyakan kawasan di resort ini juga dibuka kepada orang ramai walaupun berstatus pusat kajian.

Walaupun begitu, pengunjung perlu mendapatkan kebenaran daripada Yayasan Sabah atau syarikat yang menawarkan pakej Maliau Basin untuk memasuki kawasan Lembangan Maliau Basin.

 

#6. Resort Hutan Hujan Permai, Santubong, Sarawak

Eco-Resort Permai Ranforest Resort terletak di kaki Gunung Santubong yang terkenal dengan lagenda Puteri Santubong. Resort ini direka khas supaya meminumumkan kerosakan pada alam semulajadi dan telah mula menawarkan pengalaman yang unik dan istimewa sejak 1990-an.

Pengunjung boleh memilih sama ada tinggal di kabin, unit tunggal atau villa pokok yang sangat menakjubkan. Jika anda suka meneroka alam sekitar, sinilah tempatnya.

 

#7. Taman Negara, Pahang.

Mutiara Taman Negara yang terletak di Pahang ini merupakan salah satu daripada hutan hujan tropika tertua di duna dan taman nasional yang terbesar di Semenanjung Malaysia.

Pelbagai aktiviti ekopelancongan disediakan di Taman Negara yang menjanjikan pengalaman yang tak dapat dilupakan. Di sini, terdapat kira-kira 10 ribu spesis tumbuhan dan 200 spesis mamalia.

Resort Mutiara Taman Negara ini boleh dikatakan ‘tersembunyi’ di sebalik hutan hujan tertua ini. Menyediakan 108 bilik, pilihan chalet kayu Melayu, banglo dan untuk yang solo, boleh juga memilih untuk menginap di asrama, hostel ataupun lebih cabaran, di tapak perkhemahan.

 

#8. Borneo Natural Sukau Bilit, Sabah

Perjalanan dari Bandar Sandakan untuk ke Sukau mengambil masa 2 jam dan korang perlu menunggu di pick-up point iaitu Hotel Sandakan.

Untuk ke sini, memang disediakan pakej iaitu 2 hari 1 malam ataupun 3 hari 2 malam yang merangkumi pickup dari Sandakan Hotel / Airport, Rivercruise pagi dan petang, Night walk dan pelbagai lagi aktiviti untuk anda yang gemarkan ‘nature’.

Resort ini dibina bersebelahan dengan sungai Kinabatangan dan kesemua unit dibina menggunakan kayu besi Borneo dan dibina oleh warga tempatan. Setiap bilik dilengkapi dengan balkoni dan pengunjung boleh melihat kehijauan hutan hujan dihadapan bilik mereka sahaja.

Sumber : CNN

MAS LANJUTKAN TAWARAN SEMPENA MATTA FAIR

INI RUPANYA YANG MEMBEZAKAN STAR PADA RESORT DAN HOTEL