Percutian Serba Mewah Di Resort Joali, Maldives



Tak dapat dinafikan, perairan di Maldives tersangatlah cantik dengan pemandangan dan pantai yang bersih dan sangat mempersonakan. Tak hairanlah kenapa ramai ‘tergila-gilakan’ percutian atau setidaknya menjejakkan kaki ke Maldives.

Kalau nak diikutkan, kebanyakan resort atau tempat cantik di Maldives ni adalah resort mewah dan tiket penerbangan ke sana pun, boleh tahan. Misal kata kalau search penerbangan ke Maldives, tak lari daripada RM2000 untuk perjalanan pergi dan balik.

Terletak di Pulau Muravandhoo, Joali Resort Maldives ni mempunyai 73 buah villa mewah yang menempatkan pelbagai restoran, kawasan riadah dan kemudahan ekslusif untuk semua pengunjung. Dari segi rekaan dalaman, ia direka oleh Autoban, sebuah studio rekaan terkemuka berpangkalan di Istanbul.

Joali Maldives menjanjikan pengalaman ‘ultra’ mewah. Kalau dah nama pun ‘ultra’, untuk satu malam bermula dari RM7900 hingga RM13,000! Berpadanan dengan harga, setiap villa dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang bertaraf 5 bintang lah. Selain ada private pool.

Menariknya, Autoban menggunakan barang atau perhiasan tempatan dari segi material, tekstur dan bentuk binaan untuk memberikan feel Maldives pada resort ni.

Kalau nak cuba, boleh ke laman web JOALI, Maldives ye…


Aerial View Joali Resort...

 

p/s : Bawak lah kitorang sekali… :)

Photo Credit : JOALI