Pergh Nampak Macam Bali Tapi Sebenarnya Kat Malaysia Jer!




Nak bercuti keluar negara? tapi bajet tak de? Atau nama dah kena blacklist sebab tak bayar PTPTN macam salah sorang editor kami? Ok jangan risau. Ini ha min nak kongsi pulau yang ada kat Malaysia tapi nampak macam sedang bercuti kat Bali. Cantik weh. Air membiri. Silap-silap lagi cantik dari air di Bali. 

Ini ha tak pergi gi jauh-jauh. Ianya ada di Pulau Kapas Terengganu!

Kalau dilihat, trend melancong ke luar negara seakan-akan menjadi ikutan atau kemestian masa ini. Antara salah satu tempat yang menjadi tumpuan rakyat Malaysia untuk pergi bercuti ialah Bali.

Bali amat terkenal dengan keindahan alam semulajadi dan kewujudan pulau-pulau indah yang ada disekitarnya pasti membuat pengunjung rasa tenang dan damai.

Walau bagaimanapun, tidak kurang dengan negara kita. Sebenarnya ada juga tempat pelancongan menarik yang berlatarkan alam semulajadi yang indah persis seperti di Bali.

Sebagai rakyat Malaysia yang melancong ke Bali untuk menikmati keindahan pulau-pulau dan air biru yang indah pasti anda akan berasa rugi jika tidak ke Bukit Singa, Pulau Kapas, Terengganu.

Keindahan di sekitar kawasan ini seakan-akan berada di Pulau Bali ya! Jom nikmati gambar-gambar di sekitar Bukit Singa, Pulau Kapas yang dikatakan setanding dengan Bali.

Nak rancang percutian di Pulau Kapas?

Boleh hubungi agensi pelancongan di bawah Kapas Coral Beach Resort. Memang cukup sempoi lagi berpengalaman. Tak sekadar melawat tempat-tempat menarik, mereka tahu teknik-teknik terbaik supaya kami dapat pengalaman yang lebih daripada pelancong kebiasaan termasuklah spot-spot terbaik untuk merakamkan gambar kenangan!

Sebab kami memang niat nak bersantai dan meluangkan masa untuk lari daripada stres kerja, maka kami ambil pakej 3H2M. Tapi mereka pun ada pakej one day tripserendah RM49 je. Cool kan?

Maklumat lanjut, terjah mereka kat Instagram atau Facebook.