Rangkaian Hotel Kempinski Buka Hotel Mewah Terbaru Di Bali – Apurva Kempinski Bali

March 29, 2019 - 01:48 PM


Resort terbaru dan mewah di Bali ini merupakan salah sebuah hotel mewah yang dimiliki oleh kumpulan Kempinski yang sebelum ini mempunyai beberapa lagi hotel mewah di Singapura dan Dubai.

Terletak di kawasan Nusa Dua, resort ini mempunyai 475 buah bilik, suites dan villa yang didirikan dihadapan kawasan pantai. Selain itu, terdapat enam restoran, lounge serta bar yang direka khas untuk tetamu berlatarkan alam semulajadi.

Fasiliti lain termasuk kolam renang sepanjang 60 meter dan kolam renang khas untuk kanak-kanak selain kelab keluarga, gimnasium dan pelbagai lagi.

Apurva bermaksud unik dan menakjubkan dalam bahasa sanskit dan ia ternyata sesuai dengan resort yang memang lain daripada yang lain ini.

Tengok design Lobi dia cukup lah, lain macam betul feel dia...

Harga promosi pembukaan untuk bilik Grand Deluxe adalah IDR2,636,600.00 (RM757). 

Note Editor : Menarik jugak tawaran hotel ni, kalau pegi ramai-ramai tak terasa mahal sangat kan? Hehehe

Photo Credit : Website | Apurva Kempinski Bali

Destination: