Rileklah X Pulau Kapas : Percutian 3H2M Di Pulau Kapas




Baru-baru ni kitorang berkesempatan buat short trip pegi Pulau Kapas dan sebenarnya memang dah lama teringin nak ke pulau. Plan punya plan, last sekali kitorang pilih untuk ke Pulau Kapas, Terengganu.

Kenapa Pulau Kapas?

Pada kitorang, untuk percutian ringkas tapi aktiviti yang best, Kapas adalah pilihan terbaik. Drive dari Kuala Lumpur paling lama pun 5 jam dan dari jeti Marang ke pulau lebih kurang 15 – 20 minit je. Jadi tak sempat nak mabuk laut. Hehehe.

 

Kalau korang nak tahu, Kapas antara pulau yang coral dia cantik di Malaysia dan ada kawasan taman laut, jadi coral-coral kat sini terjaga sebab diwartakan sebagai taman laut. Ada sesetengah tempat, memang bot tidak dibenarkan masuk. 


Kredit foto : IG | arylje

Selain kualiti air dan pantai yang cantik, korang tak perlu pegi pulau jauh-jauh pun nak rasakan atau nikmati keindahan pantai. Kawasan sini memang pantai dia cantik-cantik dan paling penting Instagram-able.

 

Dekat sini, ada banyak resort yang boleh korang pilih mengikut bajet tersendiri. Dan kebanyakkan resort dekat sini akan sediakan pakej-pakej yang menarik macam snorkelling, hiking,berkayak, BBQ dan macam-macam lagi aktiviti bertemakan laut dan sebagainya.

 

 

Untuk team Rileklah, kitorang pilih stay di Kapas Coral Resort, sebabnya dekat sini coral dia betul-betul ada depan resort. Just berenang sikit, dah boleh nampak macam-macam jenis ikan dan coral yang cantik. Satu sebabnya, diorang ni ada buat penanaman coral.

Untuk aktiviti, kami susun supaya tak memenatkan sangat. Iyelah, nama pun nak bercuti santai-santai.

Hari pertama rehat di bilik dan hari kedua baru start aktiviti.


Pemandangan di Bukit Singa

Mula dengan hiking ke Bukit Singa. Dekat sini, trek dia agak mencabar, jadi kitorang cadangkan korang amik pakej yang ada di kawasan jeti. Misalnya yang ditawarkan oleh Kapas Vacay. Selain murah, dia ada sediakan guide semasa hiking. So, dapatlah kitorang cari port cantik untuk bergambar.


Credit Foto : Faizal Fredley


Naik senang, turun gayat oi... Hehehe

Sesi petang pulak, kitorang snorkelling. Bot akan disediakan dari resort dan diorang akan bawa ke checkpoint untuk snorkelling. Kat sini sangat best, terumbu karang dia besar-besar. Kalau korang bernasib baik, dapat tengok penyu dan ikan yu.

Lepas snorkelling, bot terus bawak ke Island Hopping. Dekat sini kitorang dibawa pusing seluruh pulau. Cuma ini sempat mabuk laut sikit la, sebab bila bot lalu bahagian belakang pulau, air dia agak bergelora. Tapi, puas hati sebab view cantik.

Waktu malam pulak, ada sesi BBQ.

Hari ke-3, kitorang check out pukul 11, dan dah alang-alang sampai Terengganu, kita singgah dekat Losong untuk beli keropok.

Nak cerita banyak pun nanti korang jealous, so nak cuba bolehlah ke Jeti Marang dan tengok pakej yang ada dekat situ.

=aj=