Rumah Bercirikan LEGO – Tempat Wajib Singgah Di Denmark.

TRAVEL
October 02, 2017 - 02:12 PM


4 tahun selepas pembinaannya dimulakan, akhirnya rumah bercirikan LEGO rekaan Bjarke Ingels ini dibuka kepada orang ramai.

 

Menurut pemiliknya, Kjerd Kirk Kristiansen, impiannya adalah untuk mencipta suatu tempat dimana pelawat dapat merasai pengalaman yang tak dapat ditandingi. Bukan hanya didirikan di bandar kelahiran LEGO itu sendiri, bangunan yang mengambil masa 4 tahun untuk disiapkan ini mempunyai 25 juta kepingan LEGO yang meliputi kawasan seluas 12,000 meter pesegi.

Dengan 21 bata putih yang ditindih antara satu sama lain, setiap blok ini menyediakan ruang untuk aktiviti dalaman. Terdapat pelbagai zon ‘experience’ didalam bangunan ini yang mana 2 pusat pertunjukan dan 4 kawasan permainan yang dikodkan mengikut warna. Setiap kawasan ini simbolik kepada kreativiti, kognitif, sosial dan emosi.

CEO rumah LEGO ini, Jesper Vilstrup mengatakan bahawa “semua aktiviti di dalam rumah adalah berkaitan dengan falsafah LEGO kami yang belajar melalui permainan menggalakkan inovasi dan kreativiti,”.

Kesemua konsep dari zon pengalaman serta  konsep restoran kami adalah berdasarkan kepada permainan dan kreativiti, jadi tidak peduli apa yang anda lakukan di rumah LEGO, ia akan ada kaitan dengan bermain.

Buat masa sekarang ni semua pelawat yang ingin datang ke sini mesti menempah perjalanan mereka terlebih dahulu sebab katanya mereka tak dapat menampung bilangan pengunjung yang nak kesana.

Katalah anda teringin nak pegi, boleh tempeh melalui laman web rasmi diorang.

 

Sumber : Designboom