Sanggup Tak Bermalam Di Motel Bertemakan Badut Di Nevada Ni? Katanya Behantu…

TRAVEL
April 04, 2018 - 04:50 PM


Kedengaran seperti plot sebuah cerita seram, motel ditengah-tengah bandar dan bertemakan badut tetapi percayalah motel ini benar-benar wujud.

Terletak di Tonopah, sebuah bandar yang dulunya merupakan kawasan perlombongan. Motel yang diberi nama Clown Motel ini kelihatan agak menyeramkan. Hanya bikers, pembawa truck dan pemandu jarak jauh sahaja yang akan singgah kesini dan kebanyakkannya tidak sanggup bermalam disini.

Cuba tengok gambar yang dihanter melalui twitter ni :

Tidak cukup dengan lokasinya yang bersebelahan tanah perkuburan dan kawasan yang agak sunyi, dibahagian masuk motel ini dipenuhi dengan patung badut yang pelbagai rupa dan sangat tidak menyenangkan.

 

Jika itu tidak cukup menyeramkan, kesemua bilik di motel ini bertemakan badut. Ada badut digantung di depan pintu, gambar badut-badut terkenal yang digantung pada dinding dan sebagainya.

 

 

Macam yang diceritakan awal tadi, lokasi motel ini sebenarnya membuatkan ia kelihatan dan kendengaran agak menyeramkan. Dah macam zon angker!  Mana tidaknya, tapak lombong yang ditinggalkan dengan populasi penduduk yang tak lebih daripada 2500 orang dan sebagai salah satu pekan pelombongan terbesar di Nevada.

Dikatakan pada satu masa, terdapat lebih daripada 50,000 orang yang bekerja dan tinggal di kawasan perlombongan ni dan pada 1901 Tanah Perkuburan Tonopah didirikan.

Namun tiada bukti kukuh yang menunjukkan bahawa sama ada Clown Motel atau tanah perkuburan ini dihantui Cuma ada beberapa orang telah berkongsi tentang kejadian aneh semasa mereka menginap di Motel Clown.

Kalau baca review di Yelp, ramai pengunjung ternyata tak puas hati dengan penginapan mereka disini. Mungkin ‘ada yang datang’ mengacau kot.

Amacam? Berani nak tinggal sini?

 

=aj=