Senarai Negara Yang Kenakan Caj Pelancongan Di Asia

TERKINI
March 11, 2019 - 12:46 PM


Cukai pelancongan bukanlah sesuatu yang baru malah sebenarnya sebanyak 41 buah negara di dunia ni mengenakan cukai kepada pelancong dan setiap negara mempunyai syarat dan kaedah cukai tersebut dikenakan. Ada yang kenakan mengikut kelas dan jarak penerbangan seperti di UK, ada yang kenakan kepada rakyat sendiri seperti Turki.

Selain sebagai sumber menambahkan pendapatan sesebuah negara dan industri pelancongan, setiap negara mempunyai prosedur dan sebab sendiri untuk mengenakan cukai pelancongan ini. Menariknya, ada antara cukai ini adalah cukai pelancongan cuma ianya menggunakan istilah lain.

Kalau anda bercadang untuk ke negara-negara di bawah ini, sediakanlah duit extra untuk bayar cukai pelancongan ye…

Ini adalah senarai negara-negara di Asia yang mengenakan cukai pelancongan :

#1. Bhutan

Negara Bhutan merupakan negara yang mengenakan kadar cukai pelancongan yang tertinggi di dunia. Bayaran minumun adalah 200 USD untuk sehari dan boleh jadi USD 250 jika musim puncak. Bayaran ni, macam yang kami sebutkan diatas tadi, untuk melindungi budaya dan alam sekitar yang ada di Bhutan.

 

#2. Jepun

Cukai ‘sayonara’ mula dikenakan oleh negara Jepun awal tahun ini. Bayaran yang dikenakan adalah 1,000 yen dan perlu dibayar oleh pelawat antarabangsa sebelum keluar dari negara berkenaan.

Usaha ini dilakukan untuk meningkatkan dana dan merancakan lagi industri pelancongan, lagi-lagi pulak menjelang sukan Olimpik Tokyo 2020 nanti.

 

#3. Indonesia

Cukai pelancongan di Indonesia dikenakan dan termasuk dalam tiket penerbangan. Kalau ke Bali, pelancong akan dikenakan cukai tambahan berjumlah 10 USD (RM41).

Cukai yang dikenakan di Bali ini akan digunakan untuk membiaya program pemuliharaan budaya dan alam sekitar di tumpat tumpuan pelancongan di sana.

Baca Juga : Ini Tempat Yang Anda Patut Pergi Menurut Airbnb Kalau Anda Masih Single

#4. Malaysia

Negara kita, Malaysia juga sebenarnya mengenakan cukai pelancongan ni. Ia dikenakan kepada pelancong yang masuk ke negara ini dengan kadar RM10 sehari.

 

#5. Filipina

Kalau anda keluar dari Filipina, anda bakal dikenakan ‘terminal fee’ atau ‘Philippine Passenger Service Charge’ di lapangan terbang Manila. Sediakan wang tunai sebab disana ia perlu dibayar dengan tunai. Tak kira dalam matawang Peso ataupun USD, yang penting tunai. Tapi, ini kalau anda ambil penerbangan dari mana-mana airport dalam Filipina dan transit di Manila.
 

Kalau penerbangan keluar melalui Manila, ia dah dimasukkan ke dalam tiket penerbangan dan harganya dari PHP 200 hingga PHP 700.

 

#6. Bangladesh

Bayaran ‘embarkation’ dikenakan oleh kerajaan Bangladesh untuk pelancong yang keluar dari negara mereka. Jika menggunakan laluan darat, ia perlu dibayar secara tunai menggunakan matawang Taka Bangladesh di mana-mana cawangan Sonali bank atay di booth bank di tempat keluar tersebut.

Untuk yang menggunakan jalan udara, tak perlu risau kerana ianya telah dimasukkan dalam tiket penerbangan semasa pembelian dibuat.


Sembang - Sembang Travel Di Facebook Rileklah

Ke Sabah Dengan Hanya RM600 ??

Rumput Karpet 'Viral' Di Kedah - Tempat Tarikan Instaworthy Terbaru

Destination: