Skytropolis Funland - Taman Tema 'Indoor' Terbaru Di Genting Highland

TRAVEL
December 05, 2018 - 02:55 PM


Minggu lepas, satu berita yang agak tak best diterima apabila pihak Genting memfailkan saman kepada Twenty – First Century Fox dan Disney atas pelanggaran kontrak melibatkan pembinaan taman tema berjenama Fox di Genting.

Secara tak langsung, ini melambatkan lagi lah proses pembinaan taman tema ‘outdoor’ di Genting. Berita ini, setidaknya menghampakan rakyat Malaysia sebab musim cuti sekolah, kebiasaannya Genting lah lokasi paling digemari sebelum taman temanya ditutup.

Skytropolis Funland - Taman Tema Indoor Baru Genting 

Tapi, jangan bersedih sangat! Musim cuti sekolah ni, korang tetap boleh ke Genting Highland. Selain ada banyak tarikan lain, shopping dan sebagainya kini taman tema ‘indoor’ katanya akan dibuka! Preview pembukaannya akan berlangsung pada 8 DIsember ini!

Walau tidak dinyatakan bila tarikh sebenar ia akan dibuka ke orang awam, namun laman web genting mengesahkan ia akan di preview pada 8 Disember ini.

Menurut sumber, Skytropolis Funland mempunyai 24 permainan yang semestinya menarik antaranya :

- merry-go-round,

- ferris wheel,

- bumper cars,

- roller coasters,

- indoor swinging ship,

- bug-spinning carousel,

- mini jumping tower, dan

- The Void, permainan berasaskan Vertual Reality (VR)

Taman tema indoor terbaru Genting, Skytropolis Funland ini terletak di tingkat 2, First World Plaza. Kalau ada yang mencari aktiviti menarik cuti sekolah tu, boleh la bawa anak-anak ke sini nanti.