Solo Traveler Ke Eropah? Ini 10 Bandar Yang Terbaik Untuk Korang Cuba

TRAVEL
June 05, 2018 - 03:14 AM


Kalau korang nak mencari kelainan dengan travel secara solo, korang boleh ke benua Eropah. Ye lah, kebiasannya kita dengar, kalau travel solo, orang akan pilih ke Thailand, Cambodia, Indonesia dan sebagainya.

Sebenarnya, kalau korang ada bajet yang lebih. Korang boleh cuba solo travel ke Europe pulak dan kebanyakkan traveler bersetuju yang Eropah adalah salah satu destinasi yang korang patut cuba untuk solo trip.

Selain mempunyai infrastruktur yang baik untuk pelancong, kebanyakan penduduk setempat agak friendly dan suka tolong traveler. Tapi, korang kena berhati-hati jugak bab ni.

Bila travel solo ni, kelebihannya adalah kita lakukan semuanya ikut masa kita sendiri dan ‘pace’ kita. Kalau nak cepat, kita cepat, kalau nak take time menghayati satu-satu tempat, kita menghayati. Lagi pulak Bandar Eropah ni kebanyakannya ada monument-monumen yang bersejarah.

So, untuk korang yang nak cuba solo travel, ini ada 10 bandar yang korang boleh cuba.

 

#1. Dublin

Pada 2015, Bandar Dublin diistiharkan sebagai Bandar yang paling selamat oleh Post Office Travel Insurance Study.

Sambil-sambil tu, korang boleh melawat tempat bersejarah macam Dublin Castle dan St. Patrick’s Cathedral.

 

#2. Edinburgh

Salah satu cara nak jumpa dengan ramai orang masa solo trip adalah pergi festival. Kebiasaannya korang akan berfikir dan berkongsi minat yang sama.

Cakap apsal festival, memang Edinburgh ni cukup terkenal dengan festival-festival yang power. Daripada filem tradisional sampailah music jazz. Semuanya ada disini.

 

#3. Vienna

Terkenal dengan jolokan ‘kota muzik’, korang boleh menghayati pemandangan dan jugak menghirup kopi segar sambil layan opera house yang ada di ibukota Austria ni.

 

#4. Bergen

Bandar yang terletak di Norway ni boleh dikatakan ‘sweet’ spot untuk korang yang nak travel solo. Selain terkenal dengan rumah kayu yang terletak di Bryggen, kawasan ni memang menyajikan pemandangan yang best yang korang takkan dapat di tempat lain.

 

#5. Helsinki

 

Kalau korang sukakan aktiviti air atau pulau, korang patut ke Helsinki. Sebabnya selain lambakkan makanan yang best, korang boleh island hopping. Ada lebih kurang 330 kepulauan yang korang boleh explore dekat sini.

 

#6. Berlin

Berlin boleh dikatakan kota yang lengkap. Ada gabungan tradisional, lama dan modern. Juga merupakan Bandar yang sering berubah wajah, semestinya korang boleh melawat salah sebuah monument sejarah yang polular iaitu Berlin’s Wall dan Bradenburg Gate.

 

#7. Reykjavik

Faktor keselamatan kebiasaannya bukan masalah disini. Bandar di Iceland ini mendapat reputasi yang sangat cemerlang sebagai Bandar yang paling aman di dunia.

Walaupun kos disini agak mahal, korang boleh melawat Bandar yang popular seperti Baejarins Beztu Pysur.

 

 

#8. Lucerne

Bandar tourist-friendly ni terletak di Switzerland.

Kalau korang biasa dengar karya Mark Twain, kebayakkannya ada sebut dan berkisarkan Bandar ni lah, Dari pada Old town sehinggalah stesyen keretapi.

 

#9. London

Bandar yang satu ni rasanya tak perlu kitorang cerita panjang lebar. Korang boleh melawat banyak tempat-tempat menarik macam Windsor Castle, Warner Bros. Studio Our dan kalau korang minat Harry Potter, dekat sinilah tempatnya.

 

#10. Prague

Ibu negara Czech Republik ni boleh dikatakan tak besar sangat dan kebanyakan tarikan utama terkumpul dan semuanya boleh dilawati hanya dengan berjalan kaki.

 

Destination: