Starbucks Roastery Shanghai, Cawangan Starbucks Terbesar Di Dunia!

TRAVEL
December 06, 2017 - 02:23 PM


Di Malaysia, kita belum ada Starbucks Roastery. Roastery merupakan rangkaian Starbucks yang lebih besar daripada kafé Starbucks biasa.

3 tahun yang lalu, Starbucks Roastery membuka outlet yang pertama di Seattle. Disebabkan China merupakan salah satu pasaran yang berkembang dengan cepat, Starbucks memilih Shanghai untuk membuka Roastery yang kedua.

Merupakan kafe premium, Starbucks Roastery Shanghai didirikan atas kawasan yang seluas 30,000 kaki persegi dan merupakan yang pertama seumpamanya di Asia. Selain dari itu, disini juga terdapat bar kopi yang terpanjang di dunia serta terdapat lebih daripada 30 jenis kopi boleh didapati disini.

 

 

Selain daripada keluasannya, siling kafé ini dibina menggunakan 10,000 kayu yang diukir menggunakan tangan. Selain dari dilengkapi dengan teknologi maya. Para pelanggan boleh mendapatkan maklumat berkenaan apa sahaja yang terdapat dalam kafe tersebut dengan hanya mengimbas telefon pintar mereka.

 

 

Sumber : Website | Starbucks