Taman Tema ‘Naruto’ Dibuka Secara Rasmi Di Hyogo, Jepun

April 25, 2019 - 04:43 PM


Jika anda peminat siri Anime, pasti anda akan kenal dengan siri anime Naruto dan Boruto. Berita baik buat korang ni, korang kini boleh melawat ‘Konoha’ di taman tema yang berkonsepkan anime Naruto dan Boruto yang telah dibuka secara rasmi di Awaji, Hyogo, Jepun.

Nijiren No Mori adalah taman tema ‘rasmi’ Naruto dan Boruto yang mana di taman tema ini mempunyai pelbagai bangunan ikonik yang terdapat dalam siri animasi popular Jepun berkenaan.

Kalau itu belum buatkan korang teruja, terdapat pelbagai lagi tarikan menarik seperti maze dan pelbagai patung dalam siri animasi berkenaan yang sedang melakukan teknik ninjitsu mereka.

Kalau lapar, korang jugak boleh menikmati Ramen Ichiraku yang juga merupakan tempat persinggahan favourite Naruto sebelum atau sesudah melakukan satu-satu misi.

Harga tiket adalah ¥3,300 (~RM121.64) untuk dewasa ¥1,800 (~RM66.35) untuk pelajar universiti, ¥500 (~RM18.43) untuk pelajar sekolah menengah, dan kanak-kanak dibawah umur 4 tahun boleh masuk secara percuma.

PETA TAMAN TEMA  :

Kalau korang ada merancang nak ke Jepun, singgahlah di taman tema ini. Kasi kawan korang jealous. Hehe.

Photo Credit : Facebook | Nijigen No Mori

Muji Hotel Ginza – Hotel Dengan Gaya Minimalis Daripada Muji​

Mengembara Di Toyama Dengan Pelbagai Jenis Pengangkutan Awam

12 Tarikan Dan Aktiviti Menarik Di Toyama, Jepun

Destination: