Taman Hutan Di Tengah Bandaraya Antara Tarikan Menarik Kuala Lumpur Menjelang 2020...

TRAVEL
September 05, 2017 - 05:18 PM


 

Taman Tugu Milik Kita Semua! Begitulah kata-kata yang dipetik daripada ucapan Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Dato' Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak ketika lawatan beliau ke tapak projek yang bernilai RM650 juta itu kelmarin.

 

Taman yang terletak bersebelahan Tugu Negara tersebut merupakan hutan urban untuk pelbagai komuniti. Projek yang dilancarkan September tahun lepas ini adalah sebahagian daripada projek yang terkandung dalam agenda TN50.

 

Taman yang dibina atas Inisiatif Tanggungjawab Korporat (CSR) ini bukan untuk mengaut keuntungan tetapi lebih kepada ‘peninggalan’ kepada generasi yang akan datang. Projek yang dijalankan atas tanah berkeluasan 66 ekar ini merupakan gabungan elemen-elemen utama kebangaan dan juga warisan kita.

 

Tengok pelan yang tersedia untuk projek ini :

Lebih menarik lagi, projek Taman Tugu ini menyediakan bukan sahaja laluan pejalan kaki dan larian yang merentasi hutan, tetapi juga bertindak sebagai pusat konservatori untuk memelihara dan melindungi pokok hutan hujan asli Malaysia. 

Dikatakan bahawa lebih daripada 1000 jenis pokok yang telah dikenalpasti untuk pemuliharaan dan sejumlah lebih 4000 jenis pokok hutan hujan etnik Malaysia akan ditanam semula di taman ini. 

Projek ini diterajui oleh Khazanah Nasional Berhad dan kerjasama daripada pelbagai institusi seperti FRIM, DBKL, Kementerian Wilayah Persekutuan serta pelbagai lagi agensi. Projek ini dijangka akan siap sepenuhnya menjelang tahun 2020.

Dah fully siap nanti, boleh la start jogging dekat Taman Tugu pulak… tapi, jangan ada yang gatal tangan cabut pokok bawak balik sudah…mentang-mentang PM cakap kita punya…