Tempat Dan Aktiviti Menarik Di Cappadocia, Turki

TRAVEL
September 14, 2018 - 03:25 PM


Tak kiralah seberapa banyak negara yang korang dah sampai, ataupun tak pernah lagi keluar negara, ada satu destinasi yang sekurang-kurangnya korang patut sampai, Cappadocia, Turki.

Selain apa yang korang nampak dalam cerita ‘Manisnya Cinta di Cappadocia’ tu, ada beberapa sebab lain dan kukuh kenapa Cappadocia patut jadi salah satu destinasi dalam wishlist travel korang.

Kalau korang nak tahu, penempatan ataupun sejarah pendudukan manusia bermula sejak 1800 sebelum masihi lagi di Cappadocia. Waktu itu, lembah-lembah di Cappadocia dijadikan tempat ‘persembunyian’ ketika perang masih melanda disana.

Masuk sahaja Cappadocia; lebih lepat lagi di Goreme, korang boleh jumpa gereja-gereja yang penuh dengan lukisan dinding yang menakjubkan. Kalau korang tak minat, skip. Boleh amati formasi geografi yang ada disana. Memang susah nak jumpa seumpamanya dimana-mana.

 

Muzium Terbuka Goreme

Untuk ‘rasai’ Cappadocia, inilah tempat terbaik yang korang patut datang. Baik sebab binaannya yang unik, cerita sejarahnya jugak sangat menarik. Nasihat kitorang, bawak battery spare untuk kamera, banyak gambar cantik boleh diambil disini.

Muzium ini adalah tarikan paling popular disini dan salah satu sebabnya ialah faktor pembinaannya. Kedua, lukisan yang ada pada dinding gua itu sendiri. Walaupun lukisan ini telah ada sejak beribu tahun lamanya, tapi kondisinya macam baru dilukis.

Kota Bawah Tanah

Macam yang kitorang cakap tadi, Cappadocia ni dulu jadi tempat persembunyian. Jadi, terdapat banyak kota yang didirikan bawah tanah dan disebalik formasi gunung dan batuan-batuan dekat sini. Antaranya ialah Kaymakli Underground City dan Derinkuyu.

Ada antara kota ini terbina sebanyak 10 tingkat ke bawah tanah.

 

Naik Belon Udara Panas Waktu Sunrise

Ini memang salah satu perkara yang paling famous orang buat kalau ke Cappadocia. Walaupun agak mahal, tetapi percayalah. Sangat berbaloi. Satu pengalaman yang korang tak dapat ungkap dengan kata-kata. Bayangkan ke sini, tengok matahari terbit, dengan isteri tersayang. Fuh! Romantik… Melainkan korang gayat lah… Hehehe.