Tempat Dan Masa Untuk Tengok Aurora (Southern Lights) di Australia dan New Zealand



Ramai belum tahu di Australia dan New Zealand pun korang boleh tengok Aurora. Bukan sahaja di bahagian utara sahaja Aurora ni muncul. Di kutuk selatan juga ianya boleh dilihat. Kami tahun ramai yang jadikan Aurora sebagai salah satu impian untuk melihat sahtu hari nanti, namun tak ramai yang berpeluang untuk merasai pengalaman ini. Mungkin sebab kos untuk ke tempat ini terlalu tinggi. 

Ialah nak tengok Aurora je kena pergi Norway, Iceland, Finland dan Kanada ataupun Russia. Tiket nak ke sana pun boleh tahan mahal. Itu belum lagi kos perjalanan untuk ke tempat yang Aurora akan muncul. Kalau ambil pakej Aurora di Norway pun dah RM500 termasuk pengangkutan. 

Kami berpeluang untuk lihat sendiri Aurora di Iceland dan Norway sebelum ni. Memang terpaku bila dapat tengok sendiri dengan mata kasar. Namun, untuk lihat dengan mata kasar korang perlu bertahan denagn cuaca yang sejuk secara melampau ya. Kadang-kadang suhu boleh mencecah -24 darjah celcius. Pakai baju 3 lapis pun masih lagi rasa macam nak beku. Hanya mampu bertahan 10 minit sahaja dekat luar, lepas tu terus masuk kereta sebab tak tahan dengan sejuk. Itu belum lagi nak kena bertarung dengan kamera untuk dapatkan gambar yang terbaik.

Kali ini kami nak kenalkan tempat-tempat yang korang boleh tengok Aurora di New Zealand dan juga Australia. Kos untuk ke 2 negara ini pun tidaklah semahal nak ke negara Eropah sana. 

1. Stewart Island, New Zealand (March to September)


Southern Lights over New Zealand | Image credit: Changi Airport

New Zealand sering dilupakan sebagai salah satu tempat untuk lihat Aurora. Bila ianya muncul Aurora di NZ memang tersangat cantik. Cuma cuaca di sini agak tidak menentu. Kadang-kadang terlalu mendung hingga Aurora pun sengan nak keluar menari.

2. Lake Tekapo, New Zealand (July to September)


View from Mt John Observatory, Tekapo | Image credit: Joel Gillespie, Earth & Sky

Lake Tekapo merupakan salah satu International Dark Sky Reserve bermaksud di sini adalah langit yang paling gelap di dunia bila waktu malam. Bila langit gelap kebarangkalian untuk Aurora muncul sangat tinggi. Kami tahu rakyat Malaysia memang sering ke Lake Tekapo ni sebab ianya terletak di laluan kalau memandu dari Christchurch ke Queenstown korang akan lalu ke lake ini. Jadi kalau nak tengok Aurora silalah rancang masa yang terbaik untuk ke New Zealand.

3. The Catlins, New Zealand (March to September) 


Image credit: Backpacker Guide.NZ

The Catlins ni tidak terletak di Mainland NZ. Jadi tempat ini terhindar dari sebarang pencemaran udara. Lagi satu kat sini korang boleh lihat pemandangan yang super cantik dan binatang yang hidup di sini juga sangat menarik. Tapi jangan risau kat New Zealand tidak ada binatang berbisa ya. 

Di sini juga antara tempat yang popular bagi mereka yang suka berkhemah. Terdapat banyak motel yang disediakan jika korang datang kat sini untuk memburu Aurora.

4. Dunedin, New Zealand (March to September)

Di Dunedin juga boleh lihat Aurora cuma kebarangkalian nak lihat Aurora di sini sangat tipis. Hanya masa-masa tertentu sahaja ianya akan muncul. Menurut penduduk tempatan Aurora di sini sekarang lebih kerap muncul jadi peluang untuk tengok Aurora pun agak cerah. Salah satu tempat yang boleh lihat Aurora di Dunedin adalah windswept Otago Peninsula. Kat sini juga terdapat sebuah istana lama yang dikenali sebagai Larnach Castle. Dah alang-alang tu singgah lah terus kan.

5. Mount Wellington, Tasmania, Australia (March to September) masa terbaik pada Julai keatas


Southern Lights over Tasmania | Image credit: Affandy J

Kejadian Aurora di Tasmania juga agak rendah tapi mana tau kalau ada rezeki boleh lihat Aurora kan. Namun jika tak berpeluang berjumpa dengan Aurora korang takkan menyesal sebab Tasmania antara tempat paling cantik di Dunia. Gunung Wellington antara spot terbaik kalau nak tengok Aurora. Tak jauh pun dari bandar Tasmania iaitu Hobart. 

6. South Arm Peninsula, Tasmania, Australia ( March to September)


Southern Lights over city lights of Hobart, Tasmania | Image credit: CearaCecilyRose

45 minit pemanduan dari Hobart untuk ke sini. Sepanjang perjalanan korang akan disajikan dengan pemandangan yang luar biasa. Apa yang menariknya dekat sini korang boleh lihat Aurora secara pantuan sebab ianya muncul di kawasan laut. 

7. Cradle Mountain-Lake St. Clair National Park, Tasmania (March to September)


View of Aurora from Cradle Mountain | Image credit: Aaron Jones Photography

Gunung Cradle dan tasik St Clair ini terletak di tengah-tengah Tasmania dan meruapakan taman negara di Australia. Gunung ini berketinggian pada 1200-1500m aras laut. Jadi nak tengok Aurora di balik gunung datanglah ke sini.

8. Victoria, Australia (March to September)


View of the Milky Way from Victoria | Image credit: Indigo Skies Photography

Kebiasaanya Aurora di Australia hanya boleh dilihat di Tasmania sahaja, namun siapa sangaka dekat Victoria pun boleh nampak Aurora. Antara tempat yang korang boleh tengok adalah di Apollo Bay sepanjang perjalanan di Great Ocean. Kalau nak drive dari Melbourn hanya 2.5 jam sahaja. Selain itu tempat ni juga amat popular untuk mereka yang nak lihat Milky Way.

*********

Jadi dah boleh rancang masa yang betul dah kalau ke Australia dan New Zealand kan?