Tempat-Tempat Menarik Di Sarawak Yang Anda Patut Pergi



Di Malaysia, tanpa kita sedar sebenarnya ada banyak tempat-tempat yang menarik. Entah kenapa, mungkin disebabkan kita duduk disini, kita rasa tempat tersebut ‘biasa’ pada kita.

Untuk korang yang tengah riki nak bercuti ke mana nanti, apa kata korang ke Borneo. Lebih tepat lagi, kita ke Sarawak. Negeri yang mempunyai banyak keunikan, kebudayaan dan keistimewaan yang tersendiri.

Jika korang suka keindahan alam semulajadi, ataupun ingin mencari ketenangan ada beberapa tempat yang sesuai untuk korang lawati di Sarawak.

 

#5. Taman Negara Niah

Selain boleh melakukan banyak aktiviti seperti trekking, hiking dan sebagainya disini di Taman Negara Niah ni teletaknya Gua Niah yang merupakan salah satu peninggalan sejarah yang terpenting di Malaysia dan di dunia.

Pelbagai barang penemuan seperti lukisan batu, kayak kecil dan fosil manusia adalah bukti-bukti kewujudan awal kehidupan manusia di Asia Tenggara.

Kalau nak kesini, pastikan pakaian bersesuaianlah. Berkasut, dan sediakan baju hujan atau payung.

 

#4. Muzium Tekstil

Terletak di Jalan Tun Abang Haji Openg, muzium tekstil yang berada di Kuching ini memperlihatkan seni bina yang sangat unik. Hasil gabungan pengaruh British dan Rennaisance Inggeris.

Dibuka pada tahun 2000, pada awalnya muzium ini adalah pusat perubatan.

Disini, proses pembuatan tekstil-tekstil di Sarawak boleh dilihat dan koleksi tekstil disini dihasilkan sendiri oleh etnik masyarakat Sarawak.

 

#3. Rumah Panjang Annah Rais Bidayuh

Rumah Panjang ini terletak di kaki bukit Borneo Highland. Disini, korang boleh melihat kehidupan salah satu suku masyarakat disana iaitu Bidayuh. Asalnya, rumah ini diwujudkan untuk mengelak ancaman penyamun dan memudahkan mereka berkumpul.

Kalau nak diikutkan, Rumah Panjang Annah Rais inia dalah yang terpanjang di Sarawak.

Rumah panjang ini terletak di Padawan, Siburan, Sarawak dan berdekatan rumah panjang ini ada kolam air panas. 

 

#2. Taman Orkid Kuching

Taman Orkid Kuching ni terleka berseberang dengan sungai di Waterfront. Kalau korang jenis minat nak pergi taman-taman bunga ataupuin peminat Orkid, boleh ke sini.

Salah satu yang korang boleh cuba ialah menaiki Penampang ataupun bot kayu untuk kesini. Masuk adalah percuma ye.

 

#1. Kuching Wetlands National Park

Salah satu yang menarik disini adalah taman ini terdiri daripada 3 komponen iaitu pantai, laut dan juga ekosistem air tawar. Selain daripada kelainan daripada segi jenis tumbuh-tumbuhan, terdapat juga pelbagai jenis hidupan liar di kawasan berpaya bakau seperti helang, buaya dan juga spesis yang hanya terdapat di Borneo iaitu Proboscis Monkey.

Sebenarnya, ada banyak lagi tempat-tempat menarik yang korang boleh kunjungi di Sarawak. Come-on negeri terbesar di Malaysia, tak-kan ada 5 tempat menarik, mesti ada lebih.

Belum sentuh pasal makanan lagi ni.

Kalau korang nak explore lagi, nak melawat tempat-tempat menarik di Sarawak, apa kata korang ke MATTA FAIR yang akan berlangsung pada 7-9 September nanti.

Lebih tepat lagi, korang cari #ToknyaSarawak ataupun #ThisisSarawak dekat MATTA FAIR nanti, maklumat lanjut, boleh usha poster dekat bawah ni okay ?