Tip Menabung Untuk Travel King Afiq Dikecam Teruk Oleh Netizen

TRAVEL
September 25, 2018 - 06:11 PM


King Afiq antara yang dikatakan usahawan muda berjaya di Malaysia, dikatakan lah, betul ke tidak tu tak pasti lah pulak memandangkan ura-ura mengatakan kejayaan anak muda ini hasil dari statusnya anak orang berada. Sebelum ini nama Afiq pernah dikaitkan dengan kontroversi melibatkan usahawan online.

Afiq yang kini bergiat aktif mengadakan seminar untuk mereka yang membuat perniagaan online sekali lagi dikecam netizen gara-gara threed yang dimuatnaik di media sosial tentang cara menabung untuk travel. 

Dengan caranya yang dianggap sangat mudah sebagai orang berada dikecam hebat oleh netizen yang rata-rata amat struggle untuk mengumpul duit travel akibat komitmen yang banyak. 

Netizen agak bengang kerana jutawan muda ini sebenarnya menabung keseluruhan pendapatannya tanpa membayar sesen pun bil atau memberikan kepada ibu bapa sepertimana yang dilakukan oleh kebanyakan anak muda lain. Hal inilah yang mengundang kecaman.

Menurut Afiq, kesemua pendapatan hasil jualan barang niaganya diletakkan dalam tabung simpanan. Manakala pendapatan daripada popularitinya seperti paid review, modelling, videografi dan kempen pula akan dimasukkan dalam tabung melancong. Pembahagiannya adalah 70 peratus tabung simpanan dan 30 peratus untuk melancong.

What?

I cannont brainlah!!

70% simpan, 30% melancong, memang senang lah ko nak menabung! Mana komitmen ko? Kereta, internet, bil segala bagi, bagi mak bapak, adik adik bagai? 

Kalau macam ni tip usah cakap travel 19 tempat dalam 9 bulan dik, ko nak gi umrah balik hari pun boleh lah!

Itu luahan Netizen ye! haha termasuk min. 

Afiqq mencadangkan supaya usahawan muda perlu belajar menabung, konsisten dan bermotivasi untuk mendapatkan apa yang diimpikan. Tip penting ialah kerja yang susah seperti berniaga, masukkan dalam tabung simpanan manakala kerja mudah pula dimasukkan dalam tabung melancong.

Part menabung dengan konsisten dan bermotivasi tu dah betul dah. Yang ni admin setuju. 

Selain itu, Afiqq juga berpesan supaya netizen perlu berdisiplin menabung sekurang-kurangnya tiga tahun untuk mendapatkan hasilnya. Manakala akaun simpanan boleh dijadikan pelaburan. Berdasarkan pengalamannya, dia sendiri mengambil masa empat tahun tidak berbelanja barangan mewah (jam tangan, baju).

Okaylah Afiq, dalam tip ni sebenarnya masih ada perkara positif yang kita boleh ambil, kau pun netizen tahu nak maki jer. Biarlah dia nak bagi tip pun, kalaua da yang tak kena denagn kita tak perlu nak kecam, ambil je yang positif. 

Rezeki orang memang berbeza-beza, ditentukan oleh usaha, tawakal dan akhir sekali nasib. Bagi mereka yang bernasib baik dilahirkan dalam kategori berada, rupa paras pula komersial, maka ia memudahkan perjalanannya mencari rezeki. Namun, golongan ini tidaklah ramai seperti golongan anak muda yang perlu menyekang mata mencari rezeki dan terpaksa pula mengagihkannya pada 'talian hayat' bagi meneruskan hidup. Jadi, berusahala sekuat mungkin demi mencapai apa yang diingini dan juga membahagiakan orang tua.

Tip Travel dari Afiqq:

First, korang kene set mini goal pertama korang. Cth mine: saya nak travel seluruh duian. Lepas dah ada goals kecik macam tu, baru lah kita discover, cari jalan macam mana nak kumpul duit.

Bila dah start menabung tu, korang pecahkan tabung tu kepada dua.

1. Tabung saving untuk longterm goals.

2. Tabung untuk bazir duit/ travel / shopping and etc.

Tabung 1 tu, korang letak 70% dari wang yang korang dapat every month. Lagi 30% tu korang masukkan dalam tabung yang boleh korang spend.

Acct 1 tu, jangan pakai. Acct 2 tu, boleh pakai untuk benda yang korang rasa saja saja nak beli (travel).

Key kat sini: banyakkan cabang business korang, supaya korang tahu mana nak letak dalam acct saving, dan mana nak letak dalam acct shopping.

Macam Afiq, duit jual Cowhite , Afiq letakkan dekat tabung saving. Duit paidreview, job video, Champaign dan lain lain, Jadi korang kene start menabung, consistence dan always motivated untuk dapatkan apa yang korang ingini.

Tips dia ni je:

1- wajib asingkan 2 jenis tabung. Kerja yang tak susah korang masukkan dalam tabung shopping, kerja yang perlukan effort, masukkan dalam acct saving.

2- banyakkan source of income korang, businesses, modeling, video shoot, Campaing, dan Review. (Yg duit dapat ni, masukkan dalam shopping acct korang.

3- discipline dan jangan rakus. Sabar, menabung dulu untuk 2-3 tahun. Lepas tu lenjan lah duit tu untuk benda lain pulak. Yang acct saving: boleh buat investment. Yang acct shopping: boleh lah buat duit travel.

So to be at the level of im now, i took 4 years of not spending much things (excpt watches, and apparel.)

So if i can duit, so do you guys too ok!

17 country in 9 months. Banyak juga tu! Nanti i akan share lagi tips macam mana pulak nak travel jimat

KeN: Selamat menabung! Jom kita travel ke Afrika..