Tips Nak Dapatkan Harga Lebih Murah Untuk Tambang Flight



Lambakkan enjin pencarian meta yang menjurus kearah travel sangat banyak akhir-akhir ini. Hal ini bukan sahaja memudahkan, malah telah membawa travelling ini ke satu level yang lain.

Laman web seperti, Booking.com, Kayak, dan lain-lain lagi sering digunakan untuk mendapatkan harga tiket penerbangan yang lebih murah. Kadangkala, mereka ini lebih cepat dan mereka menggunakan khidmat beberapa agensi untuk mendapatkan tawaran yang menarik.

Percayakah anda, sebenarnya kalau kita book direct dari laman web syarikat penerbangan tu lagi murah?

Mungkin ada diantara anda akan tidak bersetuju dengan hal ini. Tetapi, menurut perbandingan yang kami buat, kami dapati, ia memang betul!

Sebelum itu, tahukah anda, kalau tempahan direct ni lebih mudah sekiranya berlaku apa-apa masalah sebagai contoh kita nak tukar tarikh ke, nak refund ke dan sebagainya. Kadangkala, website-website yang ada ni akan pass ke sana sini.

Memang kadangkala mungkin kita jumpa yang betul-betul murah, pastikan website tersebut adalah betul dan wujud. Cuba selidik dan cari review tentang website tersebut.

Okay, berbalik kepada perbandingan kami tadi, kami bandingkan beberapa website yang comparekan harga terendah. So, ini hasilnya.

Kami search penerbangan ke Bali, 13/10 dan ambil flight yang sama di semua website seperti traveloka, kayak, cheapflights dan sky scanner dan bandingkan dengan harga kalau beli direct.

 

Kalau kita amik flight direct harga dia macam ni :

Ini daripada website Air Asia.

 

Dan ini daripada website-website lain :

Ini daripada website Skyscanner, nampak tak, even dia comparekan dengan website air asia sekalipun, dekat sini harga dia mahal sikit...

 

Ini daripada Cheapflights, dan yang paling murah pun daripada Expedia.

 

Ini pulak dari Traveloka... 

Dan akhir sekali, daripada Kayak.com. Sama jugak, Kayak ni dia comparekan flight, diorang pun cakap Expedia punya harga paling murah iaitu RM 251, tapi still mahal sikit daripada beli direct..

 

Kalau korang nak cuba sendiri boleh jugak. Try la compare harga flight direct dari syarikat penerbangan dengan website-website yang anda tahu. Ada yang kata, kadang-kadang beli dekat website lain lagi murah dari direct.

Macam mana? Membantu tak? Kalau ye, share. Kalau tak, bagitahu kami =D