Tour Dan Aktiviti Melibatkan Hidupan Liar Tidak Lagi Ditawarkan Oleh Expedia..

TRAVEL
November 07, 2017 - 12:06 PM


Syarikat travel dalam talian, Expedia akan keluarkan kesemua tour dan aktiviti yang melibatkan hidupan liar yang ditawarkan dalam laman web mereka. Tindakan ini dilakukan kerana terdapat banyak laporan daripada persatuan pencinta haiwan yang mengatakan kebanyakan hidupan liar ini tidak dijaga dan dilayan dengan kejam untuk dijadikan tarikan kepada pelancong.

Selain mengeluarkan aktiviti melibatkan hidupan liar yang boleh ditempah di website mereka ini, Expedia mengumumkan yang mereka akan melancarkan satu portal pendidikan berkenaan pelancongan yang berasaskan hidupan liar.

Tindakan ini penting sebenarnya sebab sebagai traveller, kita kena tahu tempat yang kita akan pergi tu dan macam mana impak yang kita akan tinggalkan. Portal pendidikan daripada Expedia ini akan mempunyai maklumat berkenaan interaksi dengan hidupan liar serta pautan terus ke jabatan hidupan liar dan jabatan kebajikan haiwan.

Kontroversi Tiger Temple di Thailand...

Jun lepas, kumpulan kebajikan haiwan World Animal Protection mengeluarkan laporan yang mendedahkan tiga perempat daripada gajah di Asia disimpan dalam keadaan yang teruk. Dalam penyiasatan ini, mereka melawat kira-kira 220 tempat di seluruh Asia dan mendapati bahawa Thailand adalah pesalah terbesar dalam melakukan kekejaman terhadap gajah iaitu salah satu tarikan pelancong untuk ke Thailand.

 

p/s : Lepas ni, jangan support apa-apa khidmat yang salah guna hidupan liar untuk tujuan menguntungkan poket sendiri.