Travel Lebih Mudah Dengan Smartphone – Ini 6 Cara Mudah Jadikan Ia ‘Travel Tools’ Anda



Selain digunakan sebagai tujuan dokumentasi perjalanan dengan kamera yang canggih ada pada smartphone korang, sebenarnya ada beberapa perkara lagi yang korang boleh manfaatkan dengan hanya menggunakan smartphone. Jika digunakan sebaiknya, perjalanan korang tak akan ada masalah sangat nanti.

Untuk travel dengan mudah, ini 6 ‘hacks’ untuk korang cuba pada smartphone korang untuk travel lebih mudah.

#1. Sentiasa Berhubung

Perkara asas ni rasanya semua tahu, apa guna bawak telefon kalau tak ada line, betul tak? Selain untuk kegunaan sosial media, apa yang penting untuk dapatkan line telefon adalah aplikasi yang memudahkan perjalanan korang. Sebagai contoh, nak order grab, cari Airbnb atau hubungi keluarga kalau ada berlaku kecemasan dan sebagainya.

Terpulang pada korang, gunalah roaming atau beli simcard ataupun sewa poket wifi. Yang penting, korang ada line telefon kalau travel, lagi-lagi di negara orang. Kalau korang taknak, on je wifi, lepaklah dekat kafe yang ada sediakan WiFi percuma.

Lagi satu recomended poket wifi untuk disewa

 

#2. Downlod Peta Offline

Kalau korang taknak beli sim, taknak gunakan smartphone masa travel, tak apa. Cuma, korang download peta tempat atau kawasan yang korang nak pegi tu. Setidaknya, kalau tersesat, adalah peta. Selain tu, Google Maps dan Maps pun sekarang dah ada fungsi ‘available offline’ kalau korang dah download awal-awal. Korang pun boleh tanda tempat yang korang nak lawat dekat google map

Bila dah ada peta, misal kata tersesat, boleh tunjukkan peta dekat pemandu teksi atau orang tempatan tempat yang nak dituju. Cuma, jangan tuju ke hati saya sudahlah. Hehehe.

 

#3. Rajin Survey Harga

Selain selalu bukak aplikasi untuk tengok harga, korang sebenarnya boleh subscribe ‘price alaert’ dekat mana-mana apps. Kebiasaannya akan ada fungsi ni. Jadi, kalau harga menjunam jatuh, atau lebih murah dari harga awal, korang akan tahu.

Kebiasaannya penginapan, tiket penerbangan ada fungsi-fungsi ni. Cuma jangan terlalu berharap yang dia akan murah sangat lah. Setkan bajet korang awal-awal, berapa yang korang sanggup bayar. Sebab, kadang-kadang, harga tak jadi lagi murah, tapi jadi lagi mahal. Sudahnya, menangis dekat bucu katil ajelah.

 

#4. Tahu Bahasa Tempatan

Kita kena ingat, walaupun dunia dah maju dan kebanyakan tempat, local diorang mampu bertutur atau setidaknya faham bahasa inggeris. Tapi, ada sesetengah kawasan mungkin dekat sana takt ahu langsung.

Untuk selamat, korang downloadlah aplikasi yang membolehkan korang berkomunikasi dengan orang tempatan.

Cari bahasa yang diperlukan, download yang itu saje. Setidaknya, kalau dah buntu sangat, korang boleh bukak telefon, translate dan tunjuk dekat orang tempatan tu apa yang korang nak.

 

#5. Bukti Bergambar

Okay, ini bukan cakap pasal selfie mahupun gambar untuk diupload ke Instagram ye. Apa yang nak ditekankan dekat sini adalah dokumen-dokumen penting. Simpan dalam bentuk gambar atau softcopy dan disimpan dalam cloud atau Google drive.

Dokumen macam passport, tempahan bilik, tempahan penerbangan dan segalanya yang penting lah. Kalau risau telefon hilang, simpan dalam drive, jadi kalau hilang telefon (mintak simpang lah), korang boleh ke tempat yang ada komputer dan printkan dokumen korang.

 

#6. Agen Travel

Percayalah, tak semuanya indah masa travel ni. Jadi setidaknya… korang downloadlah aplikasi-aplikasi travel macam contoh Trivago ke, Traveloka ke, ataupun Tripadvisor. Macam contoh, Traveloka ni dia dah simpankan semua dokumen (kalau korang book guna apps dia lah). Jadi korang dah tak perlu pening bila sampai tempat orang, bukak traveloka, tunjuk je bukti yang korang dah settlekan payment dan sebagainya.

Kalau korang tak suka beli dari apps pulak, korang download lah sebagai back-up. Mana tahu, sampai sana tempat korang plan tu tutup dan sebagainya, sekurang-kurangnya korang boleh bukak apps ni untuk tengok kemana nak dituju.