7 Tempat "Brunch" Terbaik di Sekitar KL



Kuala Lumpur merupakan antara bandar paling sibuk di negara-negara Asean. Bagi mereka yang tidak biasa dengan bandar raya KL ini mesti akan berasa ralat lagi-lagi kalau berada di tengah-tengah KL, kadang-kadang rasa macam kat negara lain pun ada. 

Namun, masalahnya adalah tempat makan. Nak cari tempat makan yang kena dengan selera kita satu masalah yang besar. Kiri kanan kedai makan yang korang nampak adalah kedai Mamak. Bukan tak suka kedai mamak tapi kalau hari-hari makan kat mamak muak juga kan, tapi layan bola kat mamak memang best. 

Oleh itu, kami kongsikan 7 kedai makan yang sedap dan anda patut cuba di sekitar Kuala Lumpur. 

1. Yeast Bistronomy

Dibuka sejak tahun 2012 lagi, kafe ini antara pilihan oleh mereka yang highclass. Suasana yang begitu unik menjadi tarikan yang tersendiri. Berkonsepkan Parisian klasik, Yeast Bistronomy merupakan salah satu kafe yang patut anda cuba di KL. Dimiliki oleh Christophe Chatron-Michaud kafe ini boleh dikatakan kafe untuk golongan atas lepak. tapi sekarang rakyat biasa pun dah ramai lepak kat kefe macam ni kan. 

Jadi korang yang teringin nak rasa makan dekat Paris bolehlah datang sini. Hehe

Menu pilihan: Baked eggs with smoked duck and gruyère.

Alamat: Yeast Bistronomy, 24G Jalan Telawi 2, Bangsar, Kuala Lumpur 

2. Artisan Roast Coffee

Artisan Roast Coffee bukanlah kafe yang baru. Sebelum ini kafe ini dinamakan Time Out KL, antara spot popular untuk sarapan pagi. Hiasan yang cukup menarik berkonsepkan campuran desa dan London membuatkan suasana di kafe ini sangat berlainan dengan kafe lain. Selain coffee yang sedap, dinding kafe ini juga dipenuhi oleh lukisan mural yang klasik serta mempunyai ciri-ciri etnik India Sarawak. 

Menu pilihan: French toast

Alamat: Artisan Roast Coffee, 4 Lorong Rahim Kajai 14, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur 

3. Nutmeg

Berdsarkan review yang diberi oleh para pelanggan, Nutmeg mendapat kritikan 50-50. Ada yang cakap sedap tapi servis agak slow sehingga mengambil masa 40 minit. Ada juga yang berpendapat kafe ini memang berbaloi untuk singgah terutama untuk mereka yang selalu skip breakfast. Portion setiap hidangan agak besar jadi memang sesuai untuk brunch. Dari segi suasana pula agak selesa dan paling best apabila ianya berkonsep open kitchen. 

Menu pilihan: papaya cake, lamb mousakka, roasted chicken

Alamat: Nutmeg, UGF-28A Bangsar Village II, 2 Jalan Telawi Satu, Bangsar Baru, Kuala Lumpur

4. Garage 51

Pernah viral satu ketika dahulu, Garage 51 boleh dikatakan antara kafe paling hipster di Malaysia. Menu pun memang tak boleh dapat kat tempat lain. Kadang-kadang nak makan pun rasa sayang sebab terlalu cantik diorang punya food presentation. Berkonsepkan 50'an sebab itulah namanya Garage 51. Seperti berada di dalam garaj zaman dulu-dulu. Biasanya mereka yang datang kat sini bukan untuk makan sangat pun tapi lebih kepada ootd.

Menu pilihan: Garage Breakfast, an eclectic combination of baked macaroni, smoked chicken, hash brown, eggs, hollandaise and a bagel

Alamat: Garage 51, 51, Jalan PJS 11/9, Bandar Sunway, Selangor

5. THIRTY8

Boleh dikatakan antara restoren terbaik di KL sesuai dengan harganya. Al-maklumlah nak dapat view panorama KL macam ni haruslah dibayar dengan harga yang tinggi. Sesekali kalau nak sambut ulang tahun perkahwinan atau birthday party boleh lah datang. 

Menu pilihan: fresh prawns and oysters alongside cooked-to-order eggs, freshly baked breads, pastries and desserts

Alamat: THIRTY8, Level 38, Grand Hyatt, 12 Jalan Pinang, Kuala Lumpur

6. Red Beanbag

Bagi peminat Coffee, tempat ini memang sangat kami recommended. Selain coffee, menu yang ada di sini juga boleh tahan menarik. Kalau nak tahu kena datang. Setiap kali ada event tahunan kafe ini akan sediakan menu khas untuk korang. 

Menu pilihan: Lamb Shakshuka, roti canai

Alamat: Red Beanbag, A4-1-08, Solaris Dutamas, Jalan Dutamas 1, Kuala Lumpur 

7. Imbi Market

Pilihan harga kat sini agak murah berbanding tempat lain yang kami senarai. Pilihan pun banyak cuma bezanya kat sini agak adventure sikit sebab kat sini sentiasa crowded. Kalau korang ada banyak masa lapang waktu pagi boleh lah datang.

Menu pilihan: kopitiam, crispy popiah, laksa, congee, wanton, nasi lemaknoodles, egg tarts

Alamat: Imbi Market, Pasar Rakyat, 8 Jalan Melati, Pudu, Kuala Lumpur

************

Jika nak senaraikan banyak tempat makan best di KL tapi pilihan kami kali ini berdasarkan kualiti dan popularity. Bagi mereka yangnak merasa kelainan boleh lah ke tempat yang kami senaraikan.