5 Channel Resipi Di Youtube Kegemaran Rileklah



Korang pastinya selalu mencari resipi-resipi makan online kan? Tapi diantara banyak-banyak tu tak tahu yang mana satu nak pilih. Nak cuba satu-satu tak larat. Apa yang kami mencari adalah persembahan yang mudah difahami dan juga kepelbagaian. Disini kami kongsikan 5 channel resipi di YouTube kegemaran kami.

Buat Orang Lapo

Channel ni di miliki Nazatul Fairuz. Seorang suri rumah yang suka sangat memasak. Apa yang buat kami tertarik dengan channel ni adalah variasi resipi- resipi yang beliau buat. Ada kuih, manisan, makanan Melayu, makanan Eropah. Kesemua video dia sangat mudah untuk difahami. Setakat ini channel ini mempunya 130,000 subs. 

Pailin’s Kitchen

Pailin ni memang seorang chef dari Thailand. Apa yang menarik di channel dia adalah cara dia persembahkan resipi masakan Thai dia yang sangat mudah difahami. Penyampaian dia bersahaja dan penuh dengan tip-tip untuk masakan Thai. Dia ni ramai yang peminat dan mempunya 640,000 subs.

Halal Chef

Mansaf ni seorang mamat dari England. Muda lagi baru berumur 23 tahun tetapi minat dia memang tentang masakan. Jika korang minat masakan barat dan mencari resipi-resipi Halal makanan barat kami sarankan korang follow saluran Yutube dia. Bukan hanya makanan barat sahaja tetapi dia ada resipi Mexican, ala Itali dan macam-macam lagi.

Sruthiskitchen

Channel ini khusus untuk peminat makanan India. Makcik ni resipi dia memang tradisional tetapi dipermudahkan untuk hidup serba moden kita ni. Yang penting ni memang resipi traditional dan pasti lazat. Dia ada resipi pantas memasak Briyani Cendawan, ini wajib dicuba.

Adam Liaw

Masterchef Adam ni adalah seorang Peguam sebelum memenangi Masterchef Australia musim ke 2. Tetapi apa yang tak ramai tahu dia ni adalah kelahiran Malaysia dari Pulau Pinang. Memandangkan dia pemenang Masterchef semestinya kemahiran beliau tidak boleh disangkal. Channel dia banyak resipi makanan jepun.

 

Jika ada diantara anda mempunya chennal YouTube masakan sendiri ataupun chennal-chennal Resipi lain yang menarik hantarkan kepada kami dan mungkin kami boleh kongsikan bersama pembaca lain.