6 Makanan Beracun Dan Berbahaya Di Seluruh Dunia



Makanan boleh mendatangkan baik dan juga buruk kepada tubuh badan seseorang. Selain membekalkan tenaga, makanan amatlah penting untuk kita untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Kita selalu dengar nasihat orang-orang lama untuk tidak makan satu-satu makanan, ada jugak memang dah terbukti secara saintifik dan sebagainya.

Kalau korang yang jenis suka ‘try’ makanan baru, ini ada 6 makanan yang perlu korang elakkan! Sebabnya satu hidangan , boleh membunuh kalau tak kena cara makan atau pemprosesannya.

6 Makanan Yang Beracun dan Berbahaya Di Seluruh Dunia

#1. Buah Ackee Jamaica

Ackee adalah sejenis buah yang terdapat di Jamaica dan merupakan salah satu makanan yang paling beracun di dunia. Mengandungi hipoglisin yang menyebabkan pemakan muntah-muntah teruk yang dipanggil muntah Jamaica.

Bahagian yang boleh dimakan pada buah ini hanya bahagian kuning di sekitar biji hitamnya. Namun, kalau salah amik yang belum masak, ia boleh sebabkan kematian atau membuat korang koma.

 

#2. Cendawan Liar

Cendawan, kalau dicelup tepung dan digoreng, memang sedap!  Tapi, pastikan korang jangan salah makan cendawan pulak. Lagi-lagi, kalau korang ni jenis adventure, petik sendiri cendawan lepastu goreng.

Di Malaysia, cendawan yang perlu dielakkan adalah spesies cendawan Amanita liar yang mempunyai racun yang boleh membawa maut.

Menurut Jabatan Kesihatan, beli sahaja cendawan yang telah diproses atau yang dijual untuk tujuan komersial. Kalau korang nak petik jugak, pastikan tahu cendawan yang dikutip tu selamat untuk dimakan.

 

#3. Hararl

Hakarl adalah daging ikan jerung yang sangat popular di Greenland. Namun, jerung ini tidak mempunyai saluran kencing ataupun buah pinggang. Jadi bahan-bahan toksik dan buangan wujud di bahagian lain pada ikan ini.

Selain itu, korang terdedah dengan penyakit bawaan makanan. Walaupun sebenarnya ia boleh dimakan, SEKIRANYA disediakan dengan cara yang betul iaitu proses penapaian dan pengeringan selama 6 bulan.

 

#4. Elderberry

Jangan terkejut. Memang sesetengah Elderberry boleh dimakan dan ada yang boleh digunakan untuk merawat selsema selain menyembuhkan luka.

Buah beri dari pokok elderberry ini memberikan rasa pada jem, sirap dan juga pai.

Menurut Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA), beri yang selamat dimakan hanyalah beri biru dan ungu sahaja.

Beberapa spesis beri merah adalah toksik selain batang, daun dan buah mentah yang belum masak boleh menyebabkan cirit-birit, mual dan juga muntah.

 

#5. Rubarb

Bahagian yang tidak boleh dimakan pada tumbuhan Rhubarb ini ialah pada daunnya. Daun Rhubarb mempunyai bahan kimia yang sekiranya termakan, ia membuatkan seseorang tu sesak nafas dan dari situ berlakunya kekejangan, kegagalan buah pinggang dan boleh menyebabkan kematian.

Namun, selain daripada daunnya, rhubab boleh digunakan untuk membuat pai ataupun puding.

 

#6. Fugu

Fugu adalah makanan istimewa di Jepun dan korang hanya boleh makan jika sanggup menanggung risiko.

Selain dikenali sebagai puffer fish, ia merupakan haiwan yang paling beracun. Untuk menyediakan hidangan fugu ini, seorang chef itu haruslah menjalani latihan selama dua tahun dan mereka perlu lulus ujian.

Ikut statistik, 1/3 daripada chef yang memohon gagal.

Sesetengah bahagian seperti hari dan usus ikan ini mempunyai sebatian kimia tetrodotoxin. Sekiranya termakan, korang akan rasa kebas bibir dan menyebabkan otot lumbuh.

Menurut satu laporan di UK Daily Mail, dikatakan 30 hingga 50 orang terbunuh setiap tahun akibat memakan Fugu.

Berani nak cuba?