7 Tip Anda Perlu Tahun Sebelum Buat Rumah Terbuka Hari Raya

FOODIE
June 21, 2018 - 10:20 AM


Masih lagi mood raya? jika ya baguslah raya kan sebulan, kami di rileklah dah start masuk kerja dah. Tapi still masih mood raya. Kuih-kuih raya pun masih banyak lagi belum makan. Cuma rendang yang sedap tu dah susah nak jumpa sebab dah balik KL. Kalau ada yang nak jemput kami ke rumah terbuka di alu-alu kan. 

Disini kami nak kongsikan 7 tip untuk anda yang nak buat rumah terbuka sempena hari raya ini. 

#1 Agak-agak Berapa Orang Tetamu?

Perkara pertama yang korang perlu fikirkan adalah jumlah tetamu nak dijemput. Bukan apa jika terlalu ramai nanti mungkin timbul kesulitan daripada segi jumlah makanan dan juga ruang, kecualilah menyewa dewan untuk majlis open house korang nanti.

#2 Plan Menu Terlebih Dahulu

Korang kena tetapkan berapa jemputan dan masa majlis supaya makanan yang disediakan bersesuaian. Jika korang mahu buat pada waktu tengahari pastikan ada juadah berat seperti nasi, mee dan lain-lain.

Jangan lupa pada makanan wajib hari raya iaitu ketupat, lemang, kuah kacang, rendang dan kuih raya. Begitu juga dengan pilihan minuman samada minum sejuk, panas dan air kosong pun kena ada tau!

#3 Pilih Tarikh Dan Masa Sesuai

Perkara tarikh dan waktu jamuan bermula usah dilupakan dan kebiasaannya hujung minggu adalah tarikh yg sesuai kerana korang dan tetamu tidak berasa rushing sepanjang open house berlangsung.

Syawal kan sebulan jadi usahlah tumpukan pada satu tarikh sahaja, mungkin anda boleh pilih pertengahan atau akhir syawal. Selain itu rancang masa jamuan bermula sama ada untuk makan tengahari ataupun makan malam.

#4 Agihkan Tugas Masing-masing

Pastikan semuanya sudah tahu tugasan masing-masing. Membeli bahan makanan, mengemas rumah dan paling penting dalam menyediakan juadah.

Siapkan semua bahan-bahan memasak seeloknya dua atau sehari sebelum supaya tidak ada yang tertinggal.

#5 Dekorasi Rumah Tu Penting

Jangan nak terlalu over untuk dekorasi, cukup beri keselesaan pada tetamu untuk menjamu selera. Sediakan ruang yang luas dan susunan kerusi serta meja makan yang hampir untuk mengambil bufet makanan. Ada yang lebih suka untuk menyewa khemah jika tinggal di rumah bertingkat.

#6 Layan Tetamu

Pastikannya semua tersedia dengan lengkap, supaya korang jua dapat melayan tetamu dan tidak sibuk didapur. Iyalah, kadang tetamu datang bukan sahaja untuk menjamu tapi untuk berjumpa dengan korang dan saudara yang lain. Tak syoklah, orang datang tapi berada didapur kerana masih menyiapkan juadah.

#7 Terakhir Sekali, Jangan Lupa...

Boleh dikatakan ramai terlupa untuk membeli barang-barang keperluan seperti plastik sampah, pinggan mangkuk kertas, sudu da cawan kertas. 

Rasanya tak perlu untuk korang keluarkan pinggan dan mangkuk kaca kurang sesuai untuk tetamu yang membawa anak-anak kecil. Korang pun tak perlu susah payah nak membasuh pula selepas majlis.

Ok itu sahajalah tip dari kami, jangan lupa jemput kami kalau buat open house ya!