Aiskrim ‘Nafas Iblis’ Dikatakan Pedas Setaraf Empat Cili Paling Pedas Di Dunia!



Kebiasaanya, kita ingin menikmati aiskrim untuk menghilangkan rasa panas atau ingin penuhi keinginan kita terhadap benda manis kan?

Itu perkara normal.

Tetapi lain pula aiskrim yang dikeluarkan oleh sebuah kafe di Itali ini. Kafe The Aldwych ini telah mencipta menu aiskrim yang unik bersempena dengan sambutan hari kekasih atau Valentine’s Day.

Aiskrim yang digelar ‘Respiro Del Diavolo’ atau diterjemahkan sebagai ‘Nafas Iblis’ ini dikatakan aiskrim paling pedas di dunia dan pelanggan yang ingin mencuba aiskrim berkenaan harus menandatangani perjanjian yang disediakan pemilik kafe berkenaan.

Ini berikutan terdapat amaran bahawa aiskrim ini berisiko untuk menyebabkan kesakitan dan boleh menyebabkan kehilangan nyawa! Selain itu, hanya individu 18 tahun ke atas sahaja dibenarkan untuk membeli aiskrim  ini.

Bagi memudahkan anda untuk membayangkan kepedasan aiskrim ini, pemilik kafe mendakwa ais krim berkenaan adalah 500 kali lebih pedas daripada sos Tabasco. Sementara itu, kajian saintifik mendapati kepedasan aiskrim ini adalah 1,569,300 SHU Scoville iaitu unit yang digunakan untuk mengukur tahap kepedasan cili.

Secara tidak langsung, aiskirm ini adalah sebaris dengan tahap kepedasan empat cili paling pedas di dunia iaitu Carolina Reaper, Pepper X, Dragon’s Breath dan Naga Morich.

Sebagai perbandingan, cili Jalapeno hanya berada pada tahap 10,000 SHU.

Anda berani cuba? Hehe

Jom tengok video dari SWNS TV ini....