Anda Pencinta Makanan Jepun? Tampopo Delicieux Tawar Sajian Asli Negara Matahari Terbit!

FOODIE
March 18, 2019 - 03:29 PM


Dinobatkan sebagai Restoran Jepun Terbaik di Singapura oleh Asia One People’s Choice Award 2016, Tampopo melebarkan sayapnya ke Malaysia dengan membuka cawangan pertamanya di pusat beli-belah Sky Avenue, Genting Highlands, Pahang.

Sebaik kaki melangkah ke dalam restoran Tampopo Delicieux, dekorasi kontemporari yang ringkas dan susun atur meja yang kemas menggamit suasana damai untuk pelanggan menjamu selera.

Terdapat lebih 100 menu ditawarkan di sini pada harga serendah RM9.90 hingga RM40.

Ia meliputi beberapa hidangan ‘signature’ Tampopo iaitu Soba, Udon, Tempura dan Ayam Katsu yang merupakan daging ayam dicelup tepung serta serbuk roti sebelum digoreng.

Chicken Karaage Don

Lebih istimewa, sebagai meraikan pencinta makanan di Malaysia, Tampopo juga menyediakan katsu ayam bersaiz jumbo mencecah 71 sentimeter pada harga berpatutan.

Serbuk roti yang digunakan rendah kalori kira-kira 70 peratus daripada serbuk roti biasa dan turut diiktiraf di Jepun, sekaligus membuatkan hidangan itu kurang berminyak dan lebih sihat.

 Spicy Chicken Katsu Ramen 

Menurut Pengarah Urusannya, Takaaki Takagi, Tampopo mementingkan 3 aspek utama dalam penyediaan hidangannya iaitu keaslian, pemilihan bahan-bahan terbaik serta harga yang berpatutan.

Takaaki Takagi (Managing Director of Creative Food Concept Pte Ltd. at Tampopo)

Justeru, tak hairanlah sekiranya kebanyakkan bahan masakan utama di restoran ini diimport khas dari negara matahari terbit itu.

Chicken Teriyaki Set 

Bukan setakat juadah lengkap, malah buat pertama kalinya juga Tampopo Delicieux tampil dengan hidangan pencuci mulutnya yang bercita rasakan autentik Jepun.

Antara dessert wajib dicuba ialah Fruit Roll Cake, Milk Pudding, Hokkaido Green Tea Ice Cream, Matcha Cream Puff dan Scoop Cake istimewa ini yang sangat gebu, lembut serta dihiasi dengan hirisan buah-buahan segar.

Scoop Cake

Jadi bagi anda yang ingin merasai sendiri hidangan autentik Jepun, jangan lupa mengunjungi Tampopo Delicieux di Level G, SkyAvenue, Resorts World Genting.

Restoran ini dibuka dari pukul 10 pagi hingga 10 malam pada setiap hari.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi mereka di talian 03-6101 1118 atau layari www.rwgenting.com.

P/S: Tampopo juga telah membuka cawangan keduanya iaitu Tampopo Express di KLIA2 (Level 3, Departure Hall) yang berkonsepkan ‘Grab & Go’!

 

 

Destination: