Apa Itu Michelin Star & Ada Tak Di Malaysia




Kalau korang peminat makanan, atau ikuti perkembangan chef-chef ternama, mesti pernah terdengar pasal Michelin Star ni. Kalau tidak pun, kalau penggemar cerita pasal makanan, ada disebutkan dalam 100 Foot of Journey, Burnt dan banyak lagi cerita.


Contoh plak Michelin Star

Michelin star ini sebenarnya satu pengiktirafan kepada pengusaha restoran dan chef dan ini adalah pengiktirafan yang sangat-sangat diidamkan.

Sejarah Kewujudan Michelin Star

Iya, dia ada kaitan dengan jenama tayar tu iaitu Mechelin, jenama dari Perancis yang diasaskan oleh Adre Jules Michelin. Andre bersama saudaranya iaitu Edouard telah menubuhkan Syarikat TIrus Michelin ataupun (Compagnie Generale des Etablissments Michelin) pada tahun 1888 di Clermont-Ferrand.

Pada 1900, Andre Michelin telah terbitkan sebuah buku Panduan Michelin, dan tujuannya hanyalah untuk promosikan pelancongan dengan kereta selain menjadi sokongan kepada operasi pembuatan tayar miliknya.

Hampir 35,00 naskah edisi pertama telah diedarkan secara percuma pada semua pemilik kenderaan di Perancis. Dalam buku tersebut, terdapat maklumat berguna untuk pengguna jalan raya kerana mepunyai maklumat seperti peta, pembaikian tayar, senarai mekanik, kereta, hotel dan juga stesyen minyak di seluruh Perancis.

Sejajar dengan perkembangan dunia, buku tersebut telah menerima beberapa penambahbaikan termasuklah tidak diberikan secara percuma dan pada 1936, kriteria untuk ranking berbintang telah diterbitkan.

Macam Mana Michelin Star Berikan Bintang?

Bermula pada 1926, Michelin telah menghantar pengulas restoran yang identitinya tidak diketahui untuk memberikan rating pada sesebuah restoran dan sehingga hari ini, Michelin bergantung kepada kakitangan sepenuh masa yang ‘anonymous’.

Kebiasaannya, penilai ini mencari perincian dalam makanan, ada passion berkenaan makanan dan ada daya ingatan yang power! Yelah, dia perlu ingat dan bandingkan pelbagai jenis makanan.

Setiap kali lawatan dibuat, satu penulisan akan dibuat secara detail tentang pengalaman mereka. Kemudiannya, barisan penilai ini akan membincangkan dan memutuskan restoran yang layak diberikan bintang.

Para penilai akan fokus kepada kualiti, teknik, konsistensi makanan serta penguasaan teknik. Semua ini akan dimasukkan ke dalam ulasan mereka. Dekorasi, susunan meja, kualiti perkhidmatan semua tu tak penting pada mereka. Tumpuan sepenuhnya kepada makanan.

Ini apa yang dimaksudkan dengan jumlah bintang yang ada, dan 3 bintang adalah yang tertinggi.

1 Bintang Michelin : Satu Bintang: Tempat yang baik untuk berhenti dalam perjalanan anda, menunjukkan restoran yang sangat baik dalam kategorinya.

2 Bintang Michelin: Dua Bintang: Restoran bernilai lencongan, menunjukkan hidangan yang sangat baik dan hidangan yang berkualiti dan terampil dengan mahir serta teliti

3 Bintang Michelin : Tiga Bintang: Sebuah restoran bernilai perjalanan khas, menunjukkan masakan luar biasa di mana pengunjung merasai pengalaman yang sering kali hebat. Hidangan istimewa disempurnakan dengan menggunakan bahan-bahan superlatif.

 

Restoran yang ada Michelin Star di Malaysia

Jika korang pergi ke laman web Michelin Guide, ada panduan lengkap mengenai restoran, hotel dan shopping mall! Memang lengkaplah kiranya.

Oh, di Malaysia pun ada beberapa restoran yang ada Michelin Star tapi kedua-duanya tak halal. *

 

Nobu Kuala Lumpur


Bento Set di Nobu

Taka oleh Sushi Saito


Salah satu signature dish di Taka by Sushi Saito

 

-aj-

 

notakaki:

*boleh rujuk di laman web Jakim*