Asam Pedas Ramen – Menu Viral Baru Yang Dikejar Netizen!

FOODIE
February 22, 2019 - 10:27 AM


Melaka dan asam pedas sememangnya tidak dapat dipisahkan.

Bagi yang mungkin sudah jemu untuk menikmati asam pedas bersama nasi, mungkin anda boleh mencuba satu menu baru ini yang dipanggil Asam Pedas Ramen.

Menu tersebut yang menjadi viral ketika ini adalah kombinasi asam pedas dengan mi segera Korea.

Ia boleh dipesan dalam pelbagai variasi makanan laut seperti udang, sotong, telur ikan tenggiri dan juga tetel. Namun, yang paling popular di kalangan pengunjung adalah Asam Pedas Ramen Telor Mayong.

Juadah istimewa yang dihidangkan di dalam kuali kecil ini boleh didapati di Jalan Kampung Hulu yang terletak betul-betul di depan Melaka River.

Ramai yang sudah mencuba hidangan unik ini dan rata-rata mereka menyatakan rasanya sangat sedap, kuahnya juga pekat dan padu termasuk pasangan popular Fazura & Fattah Amin.

Selain di Kampung Hulu, menu ini juga boleh didapati di kedai baharu Kuih Keria Antarabangsa Haji Jalil di Taman Limbongan Jaya.

Harga asam pedas ramen ini adalah dari RM14.90 hingga RM19.90.

Untuk maklumat lanjut, layari Facebook ‘Asam Pedas Kampung Hulu’ atau hubungi talian 017-654 6457.

Bagi penggemar ramen Korea, jangan lepaskan peluang untuk mencuba menu yang diubahsuai dengan citarasa makanan Melayu ini. 

Mana tahu lepas ini boleh masuk dalam senarai makanan kegemaran anda pula.
 

 

Destination: