Assam House @Ayer 8, Putrajaya – Pebagai Masakan Baba & Nyonya Bawah Satu Bumbung
FOODIEAsalnya hanyalah sebuah restoran di Ipoh, Assam House kini bertapak di beberapa lokasi dan salah satunya ada di Putrajaya. Lebih tepat, di Ayer8, Putrajaya.
Kalau nak diikutkan, daripada perbualan dengan owner kedai semua masakan menggunakan resipi dan rencah yang diambil dari Ipoh dan resipinya kekal sama sejak 1991.
Sebelum lebih lanjut kitorang ceritakan pasal menu, jom kita tengok keadaan sekeliling dulu.
Daripada setting kedai, keramahan pelayan dan hospitality tak hairanlah kenapa Assam House ni berjaya mengekalkan perniagaan mereka sejak 1991 dan diakui sebagai salah sebuah restoran terbaik di seluruh dunia oleh beberapa media-media besar termasuklah 8tv dan TV3.
JJCM pernah jugak cover Assam House ni ye.
Cukup pasal sejarah, jom kita tengok menu apa yang kitorang cuba.
Overall; dari segi rasa, memang puas hati sangat-sangat. Semunya sedap-sedap belaka.
Portion pulak, korang boleh pilih daripada Small hinggalah XXL, bergantung kepada berapa pax korang datanglah.
Kami syorkan, korang try best seller dekat sini iaitu Kari Assam Fish, memang terangkat rasa dia.
Ataupun, korang cuba makanan-makanan ni :
Nampak menyelerakan tak? Kalau korang nak cuba, bolehlah ke;
Assam House, Ayer@8, B1-G-1, Jalan P8G, Presint 8, 62250 Putrajaya
Telefon : 03-8861 8548