Buat Aiskrim Durian Di Rumah, Ikut Cara-cara ini. Mudah Je




Meriah betul sosial media seminggu dua ni dengan durian. Ada yang post pasal durian murah, ada share tempat makan durian best, ada kes kena tipu, dan macam-macam lagilah. Tapi, boleh kata semuanya berkisah pasal durian.

Memandangkan bekalan durian yang banyak, kebanyakan penjual dah mula ‘buang harga’. Memang ramailah taknak lepaskan peluang untuk borong durian banyak-banyak.

Cakap pasal durian ni, kita boleh labelkan buah durian ni sebagai buah yang versatile, maksudnya dia bukan takat boleh makan macam tu je, dia boleh dijadikan bubur, dijadikan serawa, ada yang bakar, crepe dan yang paling best ialah aiskrim!

Kena pulak sekarang ni, cuaca panas. Dapat pulak aiskrim, lega sikit tekak ni. Sambil-sambil scroll Facebook tadi, terjumpa perkongsian resipi aiskrim durian. Fuh, memang best.. Cara pun mudah je.

Bahan-bahan :

  • 1 cawan isi durian (nak letak lebih pun lagi sedap)
  • 1 tin susu cair
  • 3 sudu besar susu pekat (kalau suka manis boleh tambah)
  • 1 sudu besar ovallete (kalau tak ada boleh tukar pakai telur sebiji)
  • Sedikit pewarna kuning

Cara Membuat :

  1. Blend semua bahan hingga hancur dan tunggu hingga sebati. Tunggu 2 hingga 3 minit.
  2. Untuk kembangkan, dan tambah isi, masukkan dalam mixer selama 5 minit.
  3. Cari bekas aiskrim 1.5 liter, masukkan bancuhan aiskrim tadi dan simpan dalam freezer.
  4. Tunggu keras, makanlah. Hehe.

Macam mana? Senangkan? Cubalah! Bahan pun senang cari dekat supermarket. Mana tahu lepas ni dah tak payah beli aiskrim durian lagi. Hihi. Tapi kena tunggu musim la nak buat.