Bufet Berbuka Puasa Di Tonka Bean Café.Deli, Hotel Impiana KLCC




Dah nak separuh Ramadan, setakat ni macam mana puasa korang? Penuh? Kea da yang dah gunakan khidmat ‘plastik hitam’? Hehe.

Puasa atau tidak, itu bukan bahagian kita untuk persoalkan. Sebabnya ibadah puasa ini antara kita dengan Dia.

Setakat ni, dah cuba dekat mana je untuk berbuka? Restoran? Bazar? Atau Hotel? Bazar tu dah tentu setiap hari kan…

Kalau korang nak kelainan atau ada function tertentu untuk disambut misal kata sambutan hari lahir ke, anniversary ke, apa salahnya bawak family ke Impiana KLCC untuk berbuka puasa.

Di Tonka Bean Café.Deli, bersempena dengan bulan Ramadan ni, diorang ada promosi ‘Sinar Ramadan Al-Mubarak’.

Sepanjang Ramadan ini, para pengungung boleh menikmati pelbagai masakan ‘signature’ di Impiana KLCC. Selain masakan yang menggunakan rempah ratus melayu asli, ia menjanjikan masakan ‘original’ negara kita.

Pama pemerhatian kami, kebanyakan Hotel akan menyajikan beberapa masakan istimewa yang selalu mereka highlightkan untuk promosi bufet buka puasa mereka. Tonka Bean di Impiana KLCC juga tidak ketinggalan.

Mereka menyajikan Sup Gear Box, Gulai Daging Keting Rebung, Roti Pak Johan, Briyani Gam dan pelbagai lagi menu pilihan yang boleh dinikmati.

Untuk pencuci mulut pula, pelbagai jenis kuih muih tradisional melayu seperti kuih bingka, onde-onde, dodol, seri muka dan banyak lagilah akan dihidangkan bersama aneka kek dan buah-buahan di bahagian pencuci mulut.

 

Untuk ais krim, kami dapati pilihan di Impiana paling menarik antara yang lain. Mereka menyajikan ais krim Baskin Robbins yang unlimited. Selain itu, untuk penggemar durian, sepanjang Ramadan ini, raja buah ini akan disajikan dan Impiana KLCC hanya memilih durian yang terbaik untuk santapan para pengunjung.

 

Bufet ‘Sinar Ramadan Al-Mubarak’ ini  berlangsung sepanjang bulan Ramadan dan bermula pada jam 6.30pm hingga 10.30pm setiap hari. Bayaran yang dikenakan pula sangat berpatutan dengan sajian-sajian yang disediakan iaitu RM148.00 nett / orang dewasa dan RM74.00nett untuk kanak-kanak 4 hingga 12 tahun.

Untuk tempahan, boleh dibuat melalui panggilan telefon di 03-2147 1111 atau hantarkan email ke fnbrsvp.iklcc@impiana.com.

Maklumat lanjut boleh didapati di impiana.com