Buffet di Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur Sajikan Makanan Halal Chinese

FOODIE
January 24, 2019 - 06:08 PM


Sambutan Tahun Baru Cina kini mula dirasai. Masyarakat Melayu juga tidak kurang hebatnya mengambil kesempatan ini untuk bercuti bersama keluarga dan menikmati hidangan masakan Chinese. Makanan halal yang disajikan di Hotel terkenal Kuala Lumpur iaitu Sunway Putra Hotel menjadi tumpuan orang Melayu yang teringin merasakan masakan ala-ala Chinese ini. 

Bila bab makanan ianya memamg sensitif namun tak perlu risau kesemua hidangan yang disediakan di sini semuanya Halal belaka. 

Baru-baru ini kami berpeluang "Makan Besar" sempena Tahun Baru Cina yang bakal menjelman kurang 2  minggu lagi. 

Pelbagai hidangan disediakan dan kesemuanya nampak sedap-sedap belaka.

Antara hidangan yang disajikan adalah:

 

Pelbagai jenis Shushi
Roasted Peking Duck Pizza

Kerabu Assam Limau Bali
chinese black perpper beef
Mini Octopus Salad
Set Nasi Ayam
Wok Fried Prawns with Superior Soya Souce

Shushi
Antara Desert menjadi pilihan kami
Kuih Muih
Antara Desert yang mencuri perhatian

Buffet Chinese New Year kat Sunway Putra Hotel KL ni hanya pada 4 & 5 February 2019 ni jer tau. Yer la, dah kata sempena Chinese New Year kan… Tempat memang sangat selesa untuk korang raikan makan besar bersama rakan-rakan dan keluarga.

Chinese New Year Buffet Dinner at Sunway Putra Hotel KL

  • RM118 nett / adult
  • RM68 nett (Kids 7 – 12 years old)

Bagi aku harga adalah berbaloi dengan hidangan yang disediakan. Buffet bermula jam 6.30 petang hingga 10.30 malam. Haaa boleh makan sepuasnya. Makan sambil borak-borak dalam suasana yang cukup selesa.

Maklumat lanjut boleb layari www.putra.sunwayhotels.com dan tempahan boleh dibuat melalui talian 03-4040 9888 atau email [email protected]

Kepada rakan-rakan aku yang meraikan Tahun Baru Cina, selamat menyambut Tahun Baru. Semoga tahun ni memberikan lebih ong kepada kita semua.

 

Destination: