Buffet Ramadhan di Kuala Lumpur PNB Perdana On The Park

FOODIE
June 06, 2018 - 03:12 PM


Bulan Ramadan yang penuh dengan keberkatan pastinya dinantikan oleh setiap umat Islam, tidak kurang juga bagi mereka yang menggunakan peluang yang ada untuk berbuka puasa bersama keluarga dan insan yang tersayang. PNB Perdana On The Park semestinya merupakan lokasi ideal untuk juadah berbuka puasa pada bulan Ramadan ini. Bertemakan Nostalgia Ramadan, abadikan saat indah anda bersama yang tersayang dengan seleksi juadah aneka pilihan berkonsepkan masakan tradisional Melayu dan antarabangsa.

Ramadan ini, PNB Perdana On The Park menampilkan kompilasi menu masakan yang lazat bertemakan dekorasi kontemporari di The 39 Restoran dan dekorasi klasik di 10 Binjai Restoran. Pilih tarikh anda dari 18 Mei ini hingga 15 Jun bagi merasai sendiri pengalaman berbuka puasa yang pastinya berbaloi dan tidak menghampakan.  

Istimewanya di The 39 Restoran ini, pengunjung dapat melihat sendiri panorama indah pemandangan bandaraya Kuala Lumpur sambil di buai dengan keindahan elemen muzik. Pakej harga Bufet Ramadan kali ini sememangnya berbaloi dengan tawaran harga bersih RM116.00 bagi dewasa dan RM69.60 bagi kanak-kanak yang berusia 4 hingga 12 tahun. (Promosi bermula pada 1 Jun 2018).

Seleksi menu yang mampu membangkitkan selera anda terdiri dari pelbagai variasi menu ramadhan bufet antaranya ialah menu utama yang terdiri daripada Nasi Minyak Badam, Ayam Masak Merah, Daging Salai Percik, Ikan Pari Asam Pedas, Sotong Lemak Cili Padi dan Kacang Panjang goring taugeh tidak dilupakan kambing bakar bersama sos istimewa, Ayam Golek Madu Lembah Pantai serta seleksi pilihan seafood untuk sajian grill. Di samping itu, aneka sajian kerabu yang terdiri daripada buah-buahan dan salad juga disajikan. Pastinya anda merasa teruja untuk merasai hidangan makanan lazat penuh khasiat sebagai menu berbuka puasa untuk seisi keluarga dan rakan-rakan.

Di samping itu, Bufet Ramadan di Restoran 10 Binjai juga memperlihatkan seleksi rangkaian masakan berkonsepkan ala kampung yang pastinya akan membuatkan anda merasa seolah-olah sedang menikmati air tangan masakan ibu sambil mengimbau nostalgia di desa. Antara menu yang disajikan ialah Nasi Beriani Kismis, Ayam masak Beriani, Daging Rendang, Ikan Tenggiri Masak Taucu, Kupang sambal bawang dan kobis masak lemak. Di samping itu, terdapat juga live cooking stall yang menghidangkan makanan seperti Mee Rebus, Keow Teow, Murtabak, Roti Jala yang sememangnya enak.     

Harga Bersih bufet Ramadan bagi dewasa ialah RM92.00 manakala bagi kanak-kanak yang berusia 4 hingga 12 tahun ialah RM55.20. (Promosi bermula pada 1 Jun 2018).

PNB Perdana On The Park yang berkonsepkan syariah islam sememangnya telah diiktiraf halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sejak tahun 2007 lagi. Jadi sudah pastinya status halal itu merupakan satu perkara yang tidak perlu dicurigai kerana kami merupakan salah satu Hotel yang menerima pensijilan syariah sepenuhnya daripada JAKIM. Disamping itu, kemudahan untuk solat maghrib dan tarawih juga disediakan di tingkat 5.  

Dimiliki sepenuhnya oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) sejak dibuka pada Jun 2000, PNB Perdana On The Park  yang menempatkan 338 bilik ini merupakan lokasi strategik dan ideal kerana berhampiran dengan pusat membeli-belah Suria KLCC, Pavillion, Lot 10, Bukit Bintang dan Plaza Sungei Wang.   

Untuk tempahan dan maklumat lanjut:-

  • The 39 Restaurant : 03-7490 3939
  • Restoran 10Binjai : 03-7490 3838
  • Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.pnbperdanaonthepark.com/