Buka Puasa Dengan Juadah Kampung Buffet Dinner Di Restoran Kontiki, The Federal Hotel, KL

FOODIE
June 04, 2018 - 02:31 PM


Minggu-minggu terakhir bulan puasa ni, mesti kita rasa nak cari kelainan kan masa berbuka. Dan untuk yang ada di sekitar Kuala Lumpur tu, rasanya boleh ke hotel-hotel berdekatan untuk tengok apa menu bufet Ramadan yang diorang sediakan.

Salah satunya ialah di The Federal Hotel ni ha, bertempat di Kontiki Restaurant yang berada di aras Mezzanine, hotel yang terletak betul-betul sebelah Plaza Low Yat ni turut tak mahu ketinggalan untuk mempromosikan hidangan bufet Ramadan mereka.

Dengan lebih daripada 100 hidangan, hidangan di Kontiki ini berasaskan Juadah Kampung. Itulah tema yang ingin diketengahkan oleh The Kontiki Restaurant.

Yang menariknya disini adalah, terdapat menu favourite yang dinamakan ‘Dari Dapur Tunku’ iaitu masakan dan resipi yang menjadi kegemaran Mantan Perdana Menteri kita yang pertama iaitu Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj. Terdapat 8 menu kesemua yang akan di’rotate’ setiap hari.

 

 

 

Satay Pun Ada Tau...

Tahun ini, pihak Kontiki menampilkan kelainan dengan mengadakan konsep ‘gerai-gerai’ di sebelah kolam renang yang ada di Hotel Federal. Antara menu yang dihidangkan di ‘gerai’ ini termasuklah Sup Gearbox, Nasi Bukhari, Lok-Lok, Rojak Sotong Kangkung dan pelbagai lagi masakan yang sememangnya sedap.

Antara yang best pada kami adalah; Udang Goreng Manis, Ayam Masak Kicap, Sotong Masak Kuning, Ketam Masak Sos Tomato, Paru Goreng Sambal dan semestinya ada Sambal Udang Petai.

Walaupun bertemakan juadah kampung, terdapat juga beberapa menu continental yang disajikan oleh mereka seperti sushi dan pasta.

Lebih menarik lagi, di Kontiki juga ada BBQ Cylinder Station dimana seluruh kawasan tersebut dipenuhi dengan masakan yang di BBQ sahaja. Boleh jumpa pelbagai jenis makanan laut seperti udang, ketam, ikan pari dan ada juga daging tenderloin, kambing, ayam dan macam-macam lagi hidangan yang dibakar di sini.

 

Untuk kuih-muih pula, terdapat lebih daripada 20 pilihan kuih tradisional termasuklah wajik dan dodol selain daripada pelbagai pastry dan semestinya ada buah-buahan sebagai pencuci mulut.

Oh, hampir terlupa tadi, untuk harga, boleh rujuk poster dibawah ye…

Untuk tempahan, bolehlah hubungi 03-21489166 atau email kepada [email protected]

 

Destination: