Dusun KL Tempat Makan Durian Terbaik di Kuala Lumpur



Durian raja buah yang mempunyai peminatnya tersendiri. Dengan harga yang kadang-kadang tak menentu pastinya membuatkan ramai antara kita masih gusar untuk makan durian di tempat baru. Maklumlah kadang-kadang peniaga durian ni suka-suka hati dia je nak naikkan harga. Lagi-lagi kalau pelanggan tu nampak macam tak ada pengetahuan tentang durian. Pastinya harga akan melambung tinggi.

Banyak tempat makan durian di sekita Kuala Lumpur dan Selangor yang korang boleh pergi sebenarnya. Tempat-tempat ini pula harga boleh dikatakan agak berpatutan. Kualiti durian pula dijaga.

Kali ini kami nak memperkenalkan tempat makan durian terbaru di Kuala Lumpur. Dengan berlatar belakangkan Menara Kuala Lumpur dan KLCC pastinya tempat ini sesuai untuk lepak makan durian dengan kawan-kawan.

Dusun KL merupakan tempat makan durian terbaru di bandar ini. Terletak besebelahan Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC) dan Dinosor Live, Dusun KL sangat strategik selain terletak walking distance dengan KLCC. 

Durian ini berasal dari Raub, Bentong dan Gua Musang. Antara durian yang dijual di Dusun KL adalah Durian kampung, d24, 101, durian prawn, xo dan banyak lagi. 

Cheapers in Town

Aku tau ramai masih ragu-ragu dengan mainan harga durian di KL, tapi jangan risau aku boleh jamin, harga durian di Dusun KL sangat berpatutan. Dengan kerjasama pusat pelancongan Malaysia harga durian di sini dikawal. Peniaga tidak dibenarkan menaikkan harga durian sesuka hati. 

Durian Musang King Gred A yang hanya export ke China ada jual disini. Berhati hati apabila membeli Durian, kerana kebanyakan Durian di Malaysia yang bukan musim di Import dari Thailand. Di sini mereka menyediakan durian fresh terbaik dari ladang! Dijamin berkualiti dan Hanya gred pada Harga rendah di tengah IBU KOTA kurang 500Meter dari KLCC!

Selain durian, ada juga dijual buah-buahan tempatan lain seperti rambutan, manggis dan banyak lagi. 

Dusun KL

  • Operasi : Isnin hingga Jumaat 
  • 7 Hari seminggu
  • 12.00 Tengahari - 12.00 Malam
  • Lokasi : sebelah Pelita Jalan Ampang, dan berdepan dengan Maya Hotel Jalan ampang.
  • Parking percuma!

Come on guys, Jom lepak makan durian kat Dusun KL, Nak cari dusun betul-betul di tengah-tengah bandar KL memang tak dapatlah. Jadi dapat nama dusun pun boleh lah. Yang penting view KLCC.